CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

F.R.I.E.N.D.S

Google
 

Monday, 31 March 2014

Kejutan untuk Mak

Assalammualaikum...

Alhamdullilah kerana Allah permudahkan segalanya.

Setiap seorang yang bergelar ibu.
Pergorbanannya tidak terkira.
Ingin membalas setiap satunya.
Tapi tidak setanding dengan apa yang telah diberikannya.

Selamat Ulang Tahun Mak yang ke 59 tahun.
Semoga Allah panjangkan umur Mak,
Semoga Allah berikan kesihatan yang baik untuk Mak.
Semoga Allah perluaskan pintu rezeki Mak dan
Semoga Allah melindungi Mak kami walau dimana Mak berada. Kami sayang Mak!

 Ibu ratu hati kami
special cake from my sister-in-law 

Selain mak, doaku sentiasa mengiringi makcik dan pakcik ku.  
Selamat Ulang Tahun untuk Mak Ngah dan Pak Ngah (bulan march juga)
Mak  berkongsi hari lahir yang sama dengan adik beliau iaitu Aunt Zainab Abd Majid. 
Untuk Aunt Enab, Selamat Ulang Tahun yang ke-49 tahun. 

Aunt paling rockk. :)

Mak Ngah (tudung Biru) & Aunty Zara(tudung Merah)

Ya Allah, lindungilah kedua ibu bapa kami & kurniakanlah ibu bapa kami rahmat-Mu. Amin.

p/s: terima kasih ahli keluarga terutama , kak fiza & ayu (menantu-menantu Mak) sebab banyak tolong dalam project Mini celebration birthday Mak semalam. Kejutan untuk mak kat rumah. Simple tapi Alhamdullilah kerana segalanya selesai. 

Mereka adalah Ibu-Ibu yang hebat. 

LOVE


hari yang manis harus dikenang di usia tua. sekian... (:

Pertemuan kelmarin membuahkan rindu, Selamat Pengantin Baru

Assalammualaikum...

Sekali pertemuan mencipta seribu cerita. Walau hanya perkenalan tanpa empat mata bertemu, kau seorang insan yang punya sekeping hati yang mulia. Kau sanggup menghulurkan bantuan tika aku memerlukan. Kau sanggup korbankan masa untuk aku yang hanya insan luar dalam hidup kau. Bersyukur kerana Allah pertemukan aku dengan seseorang yang baik hati.

Sepanjang beberapa tahun perkenalan, kita mampu bertemu hanya sekali. Sekali sekala kita bertanya khabar tanpa bertemu. Kadang-kala aku kangan akan kenangan kita dulu. Pertama kali berjumpa, kita sudah mencipta seribu kenangan. Terima kasih sayang kerana hadir dalam hidup aku.

Pada suatu malam, aku menerima pesanan ringkas daripada kau. Pesanan yang membuatkan aku terkejut. Namun, aku gembira akan kebahagiaan yang bakal kau cipta nanti. Walau jauh disudut hati ada sebutir perasaan kesal dan sedih.

Kesal dan sedih ku ini bukan kerana aku tidak gembira. Cuma kesal dan sedih ku ini kerana aku terleka akan masa yang telah Allah berikan untuk kita bersama-sama sebelum kau memikul tanggungjawab yang lebih besar. Tanggungjawab seorang isteri dan In sha Allah akan menjadi seorang ibu. Aku cuma bayangkan jika kita punya masa lagi, mungkin kita  pergi ke suatu tempat yang selesa dan damai. Sambil menikmati secawan coklat panas dan bercerita tentang segalanya. Berkongsi tentang suka dan duka.

Namun, ketentuan yang telah Allah tetapkan ini... aku bersyukur kerana sahabat yang aku sayang akan mencipta bahagianya sendiri bersama seorang lelaki yang mencintainya.

Wahai sahabatku, tika pertemuan kali kedua kita kelmarin... kita sama-sama merasainya. Jangan titiskan airmata kau untukku pada hari yang indah. Sungguh aku tumpang gembira. Semoga persahabatan kita ini tidak luput dek waktu. Semoga kau simpan aku dalam ingatanmu. dan aku akan tetap meningati dan menyayangimu.

(29-03-2014) Selamat Pengantin Baru sayang~ Aku doakan semoga kau bahagia dan tabah melalui laluan yang seterusnya. Aku juga mendoakan agar kau dan suami mendapat keberkatan atas ikatan suci ini. 

Pertemuan kelmarin membuahkan rindu di hati. 
Jaga diri ye sayang~ 

p/s: terima kasih



 hari yang manis harus dikenang di usia tua Sekian..(:

Sunday, 16 March 2014

Nadia, Ingat tak ?

Assalammualaikum...

Mungkin bulan March adalah bulan yang akan ada berderet entry ucapan Happy Birthday untuk mereka-mereka... Tapi apa salahnya...

Selamat Ulang Tahun Sayang yang ke 25 tahun... Noma doakan semoga panjang umur, dimurahkan rezeki dan diberikan kekuatan dalam menghadapi dugaan hidup. Amin.

Nadia,
Ingat tak,
Suatu malam tu kita bertiga, Noma, Nadia & Mas lepak bawah block.
Kita baru lepas makan malam kat tempat biasa.
Kami tahu Nadia seakan ingin lebih lama lagi untuk bersama.
Tapi kami sengaja tak mahu.
Hujan rintik membantu kami.
Kita tetap balik ke bilik masing-masing.
Tapi Nadia tak tahu.
Bahawa kami ada sesuatu untuk Nadia.
Mungkin ini hanya biasa-biasa.
Tapi, semoga kita tak akan lupa kenangan bersama.
KENANGAN KITA 16/03/2010 (klik link hijau utk kenangan 2010)


Sahabat, semoga sentiasa berada dibawah lindungan Allah. 
Aku sayang kau. Sayang yang tak mungkin pudar dek waktu dan tak mungkin hilang dek zaman. 
Jaga diri... 

hari yang manis harus dikenang di usia tua. sekian... (:

Friday, 14 March 2014

Abang

Assalammualaikum...

Sekali lagi hari yang diingati.

Aku ada dua orang abang dan aku satu-satunya adik perempuan mereka. Walaupun adik tapi panggilan untukku adalah "kakak".

Aku mungkin lebih rapat dengan kawan-kawan jika dibandingkan dengan abang-abangku. Tapi ibarat pepatah melayu, Air yang dicincang tidak akan putus. Macam manapun. mereka tetap abang dan aku adik.


Aku mungkin juga selalu berperilaku "sweet-sweet" bila bersama teman-teman. Tetapi ketahuilah jika seorang adik yang jarang-jarang mengatakan "akak sayang bob" adalah lebih sweet bila setahun sekali baris ayat itu ku tujukan kepada abang. 

Kepada abangku Mohd Faizal bin Jamali a.k.a Bob, Selamat ulang tahun yang ke-30. Semoga panjang umur, dilimpahi rezeki dan diberi kekuatan dalam menghadapi setiap dugaan yang Allah turunkan kepadamu. Moga dapat memberi kebaikkan kepada kita semua. Terima kasih untuk selama ini bergelar abang kepada akak selama 25tahun ni. 


p/s: Aku tak ingat adakah aku ada berbuat sesuatu kt fb beliau hingga ter-hide-nya date birthday abang aku. hahaha lalu.. tiada la ucapan berderet daripada kawan2 di wall fb beliau. Sila tunggu next year. Maaf!!


hari yang manis harus dikenang di usia tua. sekian... (: