CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

F.R.I.E.N.D.S

Google
 

Thursday, 6 August 2009

berkata

...berkata...

assalammualaikum. time2 cm ni lak dtg nye ayat2 skema noma.ihihi..layan...so, da lama kan x share pendapat.yela asyik2 update pasal gath..gath..gath haram.hihihhi.glomour ok dorg kt blog noma ni. but nnt team chatters akan ade blog sendiri. link sudeyh ade.cuma x update je lg.hikkksss.

kali ni noma terfikir kan akan satu perkara iaitu, sikap orang melayu kita. sikap orang melayu kita ini susah untuk dilunturkan. lebih-lebih lagi sikap yang kurang baik.kata kasarnya, sikap buruk.sebagai contohnya sikap yang suka menjadi batu api, sikap yang suka mengambil tahu hal orang lain terutamanya hal peribadi orang, sikap yang suka membesar-besarkan hal yang kecil dan banyak lagi. tanpa kita sedar, sikap-sikap seperti ini lah yang membawa kepada pergaduhan atau perselisihan faham. makanya, adakah seharusnya kita belajar untuk memperbaiki sikap itu? fikir-fikirkan lah walau kita tahu bahawa terlalu sukar untuk mengubahnya. tetapi tiada salah nya kita memberi ruang dalam minda ini untuk berfikir sejenak. bukan lah semua sikap orang melayu kita ini teruk. tapi seperti yang kita sedia maklum. setiap apa di dunia ini ada buruk dan baiknya, ada kelemahan dan kelebihannya. tapi yang buruk dan lemah nya itulah kita cuba untuk memperbaaikinya agar menjadi lebih baik. bukan untuk menjadikan lebih sempurna sebab kita pelu ingat, bahawa tiada yang sempurna di dunia ini. mari kite berfikir sejenak.

mari kita tengok satu senorio yang berkaitan dengan sikap melayu kita.semua orang tahu adat berkawan ini ada pasang surutnya.tidak lengkap lah hubungan itu sekiranya tiada masam dan manisnya. disebabkan adanya turun dan naik dalam perhubungan, kita boleh mengenali diri seseorang dengan lebih dekat. dlm perhubungan itu sekiranya ada rasa kurang puas hati, mula lah bertelagah. setelah diselidik, pertengkaran itu berpunca daripada 'batu api'. sekiranya tiada batu api yang menyampaikan cerita. tiada la pertelingkahan itu. kita sendiri maklum, sampai menyampai cerita ini adalah sesuatu yang boleh mendatangkan keburukan. setelah cerita buruk telah disampaikan oleh orang tengah, mengapa kita tidak bertindak dengan bijak untuk mengetahui hal yang sebenar. adakah patut kita bertanya kepada seseorang yang tidak tahu cerita yang sebenar? anda rasa patutkah tindakan itu?bukan kah tindakan itu telah membuka cerita kepada mereka yang tidak tahu apa-apa menjadi tahu. malah bukan kah lebih baik kita sendiri bertanya kepada tuan punya badan? cerita yang disampaikan oleh orang tengah itu tidak semestinya betul. walaupun ade kebenaran cerita yang telah disampaikan itu, kemungkinan besar mesti ade tokok tambahnya yang menjadikan ia satu cerita yang boleh menguris hati. ini akan menimbulkan konflik yang lebih besar.thinking about it. semua ini adalah untuk menyedarkan diri kita semua bahawa kita seharusnya bertindak lebih rasional. ini juga untuk menyedarkan diriku sendiri. kerana aku juga melayu. makanya, apakah yang seharusnya dilakukan bagi pihak yang telah keterlanjuran kata? MINTA MAAF.

apakah hak kita untuk berkata-kata? kita semua mempunyai hak untuk berkata-kata. kita tidak boleh menyekat seseorang itu untuk berkata-kata. mulut manusia ini tidak akan berhenti bercakap-cakap tentang orang lain selagi ia tidak bisu. selagi ada kudrat untuk berkata-kata, selagi itu la kita mengata. betul tak? ini semua sebenarnya kita tidak sedar. tapi itulah hakikatnya. jangan la anda rasa diri anda tidak pernah mengata orang lain.

kite selalu dengar org kata, kerana mulut badan binasa. adakah itu menyeru kite supaya berhati-hati dgn kata-kata?terlajak perahu boleh diundur...terlajak kata?? terlajak kata...mintak maaf. ye...mungkin kata-kata maaf itu tidak memberi apa-apa makna. mungkin kata-kata maaf itu x setanding dengan hati yang terluka. tetapi, bukankah seharusnya, kata-kata maaf itu perlu dihargai. kata maaf yang dituturkan dengan hati yang ikhlas demi memjernihkan keadaan yang sudah menjadi keruh hanya kerana adanya 'batu api'.kata maaf bukan bertujuan untuk menyakiti. kata maaf itu tanpa kita sedar adalah penawar. hargai lah kata-kata maaf itu walau ia tidak nampak nilainya seperti nilai emas, belian atau wang ringgit. kata maaf sudah dituturkan dengan seikhlas hati, tapi masih dipertikaikan apa yang telah berlaku. perlukah itu? adakah dengan mempertikaikan dengan apa yang telah berlaku itu boleh menjernihkan keadaan yang sedanag tegang? tidak... sebab itu lah, kita manusia ini perlu belajar untuk menghargai kata MAAF itu. jangan terlalu emosional dalam menerima kata-kata orang lain terhadap diri kita. dan jangan ikutkan sangat ego dan amarah kita. kerana semua itu tidak membantu dalam perhubungan. akhir kata dari kupu-kupu, marilah kita belajar untuk memaafkan orang lain dan meminta maaf atas kesalahan yang telah dilakukan. tiada ruginya sekiranya kata-kata maaf itu dituturkan. malah, kebaikan yang akan datang dalam hidup kita.

dari kupu-kupu, kite pun x de lah pandai sgt untuk berkata-kata. kalau ada tersilap perbuatan, terkasar bahasa. kite minta maaf. kite ni hanya manusia biasa yang tidak lepas daripada melakukan kesilapan walau sebesar zarah pun. harap kepada kawan2, pembaca blog kite, dan orang2 disekeliling kite dapat maafkan kite sekiranya ada terguris hati dengan kata atau perbuatan kite. salam.

5 PURPLEcrazy:

flip said...

bagaimana plak yang sengaja melakukan silap??

kupu-kupu_cinta said...

flip... yg sengaja melakukan kesilapan tu pun act sepatut nye harus meminta maaf. kalo org tu menyesal dgn apa yg dilakukan, x salah kan kalo kite memaafkan org tuu..

triple x malaya said...

salam kenal dari daku...

NurulAin Samsuddin said...

manusia...
mmg xkn lari dri mlakukn ksilapn..
sbb kite bukn la mnusia yg sempurna
xde ape yg smpurna kat dunia nie..
kcuali Die...

huhuhu
sy pn nk mnta maaf la ngan awk...
mase yg wat mjlis ari 2..prasan mcm slipar awk xde..2 yg ingt awk xde..maaf sbb xajk..dieorng wat pn surprise je..
xpe2 thun dpn kite wat lg n same2 k...

kupu-kupu_cinta said...

apa lak selipar xde...

bkn ke mas kata noma tdo.?

act x tdo pun..

dgr kan noma bukak radio...