CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

F.R.I.E.N.D.S

Google
 

Monday, 23 November 2009

mama kata kat aunty...

mama kata kat aunty....
sambung kan ayat di atas menjadikan sebuah karangan ringkas sebanyak berpuluh2 perkataan ikut suka koo...ikut bahasa kefahaman masing2.

mama kata kat aunty.... " semua ni aku layankan kerenah kakak la ni... kalau tak layan.. nanti merajuk" .... aku yg berada di dalam bilik sambil berkeletak keletuk di hadapan laptop yang x semegah ini, ku masih mampu mendengar kata-kata mama. setelah mendengar kata-kata itu, tidak lah aku merasa berkecil hati.. malah aku rasa seperti anak perempuan kesayangan mama yang abadi gitu.. BAHAGIA nyaaaaaaaa... aku sedar selama ini aku mudah sangat merajuk. aku sendiri tak tahu bagaimana mahu membuang sikap buruk ku ini. cakap sikit je... dah masuk bilik dengan muka monyok mcm cuka campur garam . cakap banyak pulak.. menangis dlm bilik sesorg.. uwekkk uwekkk buruk sungguh perangai kau wahai noma. tapi x apa, aku dan semua ahli keluarga ku tahu bahawa rajuk ku itu hanya sekejap sahaja.. tidak lah sampai 1 ari untuk memujuk nya. kui3.

apakah sebab dan puncanya mama berkata bergitu?ini adalah disebabkan melayan kerenah anak perempuannya yang mahu belajar memasak.. hahaha TERIMA KASIH mama!!!!!noma just bagi hint kat mama "lama x makan bihun putih +sambal kicap dan bubur pulut hitam". so, hari sabtu mama meluangkan masa untuk megajar noma membuat itu dan ini.

kebetulan pula, aunty zarah kata dia nak dtg rumah selepas shopping kat Plaza Angsana. so, we all buatlah makanan tu lebih2. mama ajar noma buat BUBUR PULUT HITAM. rupa2nya...senang je nak buat bubur tu.. selama ni noma tahu makan je.. dulu mama selalu lah buat pelbagai jenis bubur. dulu lah.. sekarang ni dah jarang.

lepas buat bubur, mama masak lauk utk makan dengan nasi. ikut kan noma, x yah masak lauk. makan bihun je pun dah kenyang. tapi mama masak jugak...mama masak ASAM PEDAS. nyami3... tp noma x makan.. noma tunggu bihun jugak!!

dah nak ptg, bru mama ajak buat BIHUN PUTIH tu.... tengah pasang kuda2 kat dapur ni, aunty pun sampai dengan bakal suami nya (bakal bapak sedara gue merangkap bakal bapak tiri cousin gue). dah siap masak.. we all hidang kan lah makanan kat tetamu. kui3. masa aunty noma tgh makan lah mama berkata kat aunty." semua ni aku layankan kerenah kakak la ni... kalau tak layan.. nanti merajuk" dan diri ku seperti didodoi oleh kata2 mama... terlena sebentar di kamar ku... ZzZzZzZzZ



p/s:dua entry baru ni da lama bersarang kat dlm draft... baru ari ni nak publish. kui3.. tu yg sunyi je..

4 PURPLEcrazy:

sito said...

sedapnye bubur pulut hitam..

kupu-kupu_cinta said...

tu la abg... adk tggu abg dtg.. abg x dtg2.. hihihi

CikPuanMiera said...

sedapnye bubur.. :(

kupu-kupu_cinta said...

hikss.. best2...law kak miera duk sebelah uma.. lama dah noma antar kt uma akk.. hihihi.