CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

F.R.I.E.N.D.S

Google
 

Tuesday, 17 November 2009

tanpa sebab diri ini dihukum. terima kasih sahabat..

salam all...act kul 1.30am noma dah shout down laptop. nekad nak menidurkan diri. tp, syg nya.. noma dah guling2 gaya shin chan+dengar lagu ...tetap x leh nak tdo gak. dah mcm2 gaya dah. mata still degil. haih.. bila adk noma msk bilik nak ambik brg, noma terus bangun g toilet and noma on balik laptop ni. uhuhuhuhu.rasa bosan lak... nk tdo.. x leh.. bila x leh tdo.. x tahu nak buat apa.. so, on9 je la keje nye.. usha2 facebook kejap... ok.. tgk pic kwn2... rindu mereka semua...

rindu juga pd mereka yg semakin lama...semakin "menjauh". entah mengapa... noma sendiri x tahu. kadang-kala terasa seperti dihukum. adakah noma ada membuat salah atau menyakiti hati nya? noma sendiri x tahu. selama ni, noma rasa, noma dah cukup mengalah dan cuba untuk menjaga hatinya. tapi tiba2 je dia berubah menjadi seorg yg noma x kenal. mmg betul lah.. org kata bukan senang untuk menjaga hati org sekeliling kita. bukan mudah untuk membuat semua org berpuas hati dgn segala apa yg telah kita lakukan. BUKAN MUDAH. dan seharus nya kita tidak perlu mengharapkan agar mereka semua berpuas hati dengan apa yg telah kita lakukan. TIDAK MENGHARAPKAN. cukup lah sekadar kita berusaha membuat yg terbaik utk mereka dan juga untuk diri kita sendiri. terpulang pd mereka untuk menilai dan menghargainya.

noma hairan... tanpa sebab dan alasan.. dia berubah. dulu, dialah kawan tempat kita bersuka ria. dia lah kawan untuk berkonsi segala kedukaan. dia lah kawan yang sentiasa di sisi kita. di mana kita... di situ lah dia.. dimana dia.. di situ lah kita...bila kita berjalan tanpa dia.. org akan bertanya "eyh.. mana "dia".selalu berkepit je dgn ko" apakah jawapan yg terbaik untuk menjawab persoalan org2 disekeliling kita? jawapan yg terbaik untuk pergolakkan persahabatan ini.

pd noma, noma tak suka bila org2 sekeliling noma bercakap tentang pergolakkan persahabatan antara noma dan kwn2 noma. kalau boleh, noma x nak org bercakap2 tentang noma dan kwn2 noma. noma paling tak suka bila diajukan soalan "eyh.. ko gaduh ea dgn "dia". lama x nampak korg lepak sama2" huh!! cukup x gemar dengan soalan ni. hurm.. tapi lumrah kehidupan.. kita x boleh elak semua ini. org sekeliling akan sentiasa memperkatakan isu yg hangat. mulut org.. kita x mampu nak tutup. mereka bebas untuk berkata2 dan membuat penilaian atas apa yg berlaku di depan mata mereka. namun, noma redha. bagaimana kita hendak memberi jawapan kpd setiap persoalan jika kita sendiri tidak tahu punca semua ini berlaku.

cuma noma sedikit terkilan kerana.. " aku dihukum tanpa ku tahu sebabnya" kenyataan yg perlu noma terima. bayangkan lah... kawan yang dulu kau sayang..kawan yang dulu sentiasa bersama dgn kau..kawan yang dulu mengambil berat tentang kau...kawan yang dulu bergelak ketawa.. kawan yang dulu pernah bersedih bersama....kawan yang dulu kongsi segala2 nya dengan kau.. kawan yang dulu kemana sahaja dengan kau.. KINI telah berubah sikap dengan kau.. tanpa kau tahu apa alasan nya.. dia semakin jauh... dia semakin tidak mempedulikan kau.. dia menyindir kau.. dia langsung tidak memjaga perasaan kau.. dia tidak lagi menatap mata kau ketika berbicara... dia berubah dalam segalanya.. seperti diri ini tiada makna lagi dalam hidup nya.. sedangkan kau.. kau masih menyayangi diri nya sebagai sahabat kau.. sedangkan kau.. masih lagi mengharapkan dia beruabah..sedangkan kau masih lagi ingin bersama dengan nya... tp.. apa kan daya.. org x sudi.. x perlu lah kau nak hegeh2 lagi... biarlah nilai persahabatn itu kekal abadi di dalam hati kau...

MUNGKIN...
1.mungkin dia dah berjumpa dengan kawan yang setanding dengan dia... kau tidak punyai apa2 melainkan kasih sayang. kau tidak dapat membeli apa2 dengan kasih sayang. mungkin kasih sayang kau tiada nilai di mata dia. hati nya telah jemu untuk melihat kasih sayang itu.

2.mungkin juga kerana kau sudah melakukan kesilapan yang membuatkan dia terasa hati lalu terus berubah tanpa kau tahu sebabnya. ye!! kesalahan yang tidak aku sedar. jika aku ada melakukan kesilapan, mengapa tidak menegur ku. kenapa perlu menghukum aku tanpa aku tahu sebabnya.. adakah aku atau dia yang telah melakukan kesilapan?? aku sanggup untuk memohon maaf sekiranya aku yang bersalah. tp knp dia hanya mendiamkan diri. seperti membenci diri ini. pada dia yang mungkin membaca entry ni.. ku mohon maaf sekiranya ada salah dan silap yang membuatkan diri mu semakin jauh. tapi, tolong lah berterus terang..mengapa dan kenapa..

3.mungkin ada yang menjadi batu api kerana cemburu kan kemesraan kalian. manusia ni kadang-kala penuh dengan hasat dengki.bila cerita buruk yang telah di sampai kan dr mulut ke mulut.(opsss.. not CPR oke). dia hanya memendam dan lama kelamaan timbul kepercayaan kepada si BATU API tu!!! sepatut nya..dia tanya pada aku, betul ke cerita yang telah di sampai kan oleh org lain itu??? tp mmg pengecut lah kalau x berani nak bertanya...come on la.. mari lah kte slow talk beramai2.. apa yang x puas hati.. apa yang terbuku dalam jiwa tu... kalau disimpan..sampai bila nak selesai... atau dia mmg suka akan berubah ini.. kalau dia suka akan semua ini.. terpulang lah... x boleh nak paksa... betul x??? mungkin kat luar sana ramai lagi yang tahu adat berkawan ni.
banyak sgt kemungkinan yang bermain di minda ini. sehingga kan aku hampir tawar hati dengan sikap "dia". hati dah cukup kecewa dengan layanan yang diberikan oleh "dia". selama ini, aku hanya sabar dan mendiam kan diri sahaja. sebab aku x nak memjadikan keadaan lebih huru hara. entah lah.. mmg semua org akan berubah.. tapi bagi ku, perubahan ini bukan lah satu perubahan yang positive.


p/s: wahai sahabat2 noma yg dikasihi... noma syg korg seperti keluarga noma sendiri. kalau ada salah dan silap yg noma sendiri x sedar... tolong lah tegur dan memaafkan noma. KITA MANUSIA BIASA kan? noma jugak akan memaafkan kwn2 noma selagi noma mampu dan selagi ia tidak melampau. noma syg korg!!!!! kalau ada apa2 perselisihan faham antara kita, noma harap kita boleh berterus terang, berbincang dan cuma menyelesaikan ia untuk kebaikkan masing2.

" yang sebenarnya.. nilai persahabatan juga amat berharga dalam kehidupan kita tapi kita selalu tidak menyedari hakikat itu"


*gambar hiasan
~emiey...i syg u larh!!! sampai bila2. jgn lupa oke. apa pun, ambik lah iktibar dari kisah ini. hope kalau ada apa2 yg x kena.. kte slow talk k. ceh!! noma kan dah biasa merajuk2 dengan emiey..miss u damn much dear!! muaxx
~ayed,aman,az and farzh.... syg korg gak.. lama x lepak sesama kan..

2 PURPLEcrazy:

Rara said...

mst ad sbb tuhh noma..cbe slowtalk dgn dowg.. :D

kupu-kupu_cinta said...

rara: mmg noma agak semua ni mst bersebab kan... cuma dye x terus terang je.. n mmg nk slow talk pun nnt...huhuu thanks kerana membaca..