CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

F.R.I.E.N.D.S

Google
 

Wednesday, 23 December 2009

terima kasih-menangis

" kenapa kasih sayang perlu pergi lagi? kenapa bahagia itu hanya sementara? kenapa dan kenapa? selama ni, bila kecewa, itu yg menjadi persoalan di hati. kerana tiada siapa yg pernah menegur kesilapan ku selama kita berkasih. memang pelik binti ajaib. selama ni mmg x pernah tahu pun.. x pernah!!! sebab kau! kau! kau! dan ENGKAU tak pernah menyedarkan aku!!!!! apa lah salah nya kalau kita saling menegur sesama manusia. apa yang salah itu, tolong lah betul kan. ini tidak. menghukum tanpa tahu kesalahan kita.. dah tu, tinggal kan dak kuat menangis ni tanpa pesan. lagi kuat dia menangis.. uwekkk!! uweekkk!!! hahahaha..dan itu lah jawapan nya. MENANGIS."


"selama ni x pernah tahu pun ada lelaki yang akan cepat bosan. terutama nya bila dengar perempuan x sedar diri-berlagak penyayang-asyik merajuk malah KUAT MENANGIS lagi...itu 1 kelemahan diri utk aku. memang!! memang!!! aku ni budak kuat menangis!!!bak kata abg sito, gembeng(bahasa jawa) hahahaha. bila dah sedar hakikat punca kebosanan lelaki adalah ITU... bangun pagi rasa mcm nak call ayah yang selama ni memanjakan aku utk bertanya soalan ini:

~abah abah.. dulu masa kecik2 kan.. kakak kuat nangis ke? abah abah.. abah pernah bosan dengar kakak asyik nangis je? abah abah ... abah meluat x kakak asyik merajuk je. abah abah.. abah rasa penat x sebab selalu kena beli kan kakak coklat Cadbury versi black forest bila kakak merajuk?~


tapi soalan tidak kesampaian bila teringatkan bahawa waktu2 bergini abah adalah sangat sibuk. tak nak mengecewakan diri sendiri bila tut..tut..tut..tut.."hello kakak.. ada apa? abah ngah meeting.. i will call u back ok?" "hello kakak... kenapa? semua ok? " x sanggup lak rasanya nak mengadu nasib kat abah yang ke-BUSY-an. maka guling2 atas katil memikir kan nasib. malas pergi kelas? ouh tidak2!!! kena pergi juga sbb mana tahu lecturer cina-encem lagi bergaya- bijak pula mengajar subjek PURCHASING boleh mengubat segala keresahan.mana lah tahu kan."

"bila aku dah tahu itu punca dan itu juga kelemahan aku. aku mula merasakan bahawa aku perlu MUHASABAH DIRI. apa itu muhasabah diri? aku ada terbaca satu tulisan dr rakan blogger yg aku x follow pun. tp aku hanya mintak tolong cik google utk membantu ku mencari maksud nya. dr cik google lah aku dpt blog rakan yg aku x follow tu. dye kata, muhasab diri ni sebenarnya satu cara kita utk menilai baik dan buruk perkara yang kita lakukan. objektif nya adalah agar kita tidak melakukan kesilapan yang sama berulang-ulang kali. pada org lain mmg lah menangis tu bkn 1 kesalahan atau kesilapan. tapi aku ni lain. sampai 1 tahap yg emosi aku x tentu (maklum lah perempuan) aku akan jd " budak kuat menangis". sensitif lebih la babe.. lg2 org2 kt sekeliling aku yang aku sayang sendat2. dorg ckp sikit yang sensitif bagi aku... dah bergenang air mata. gurau sikit pun x leh.sedang kan kawan baik aku yg putus cinta.. aku yang menangis mcm aku lak yg kena tinggal. sbb aku syg kwn baik aku tu.. itu la agaknya org bosan. hihihi. emiey edayu.. ingat x kenangan kita menangis sambil peluk2 dlm hotel yg mahal nak mamposss dekat Klang dlm edisi JEJAK KASIH? hihihi over kan i? lebiu yunk. ni br lps kmas2 brg nk alik. mlm tu, kami adalah menangis sesama. lihat saja muka kami yg mcm x siap slps menangis...tp..kami tetap gembira...walau dlm kecewa...

"skunk ni menangis itu membuatkan aku sendiri kecewa. ouchh!!! aku kecewa kan diri sendiri. x seronok ok. nak try? silakan...patut lah dorg kua dr idup aku x ikut pintu depan. kua senyap2 ikut pintu belakang. lain kali aku nak letak anjing kat belakang pintu aty aku. sape2 cuba lari... kena kejar dengan anjing. boleh gitu?? haa ni merepek lebih... mungkin kesan dr makan nasi lemak sambal sotong yg super sedap tapi x habis.....

"mcm mana ni? aku baru je sedar. dan aku nak perbaiki kelemahan tu.. tp xde sape yang sokong. x ada sape bg semangat... dan tbe2 peluang utk aku ilang plak. menyesal x sudah jawab nya. hahahhaa dorg engat aku x de keje lain ke? nak menangis je? hello.. aku pun ade keje lain. busy mengalahkan menteri jgk la. engat aku ni x ceria mcm org lain? korg tanya kat best fwen aku... yg ari2 ngadap muka aku mcm nadia.. mas... penah x nmpk aku nangis. x penah pun kan kan kan... mcm mana bad mood pun i.. i x penah buat muka ketat kat u all kan. still leh ketawa2. sbb kita sbg kwn kena buat kwn2 kita rasa bahagia dgn kita. SENYUMMMM... =)
kami bahagia kan...

" aku cuba utk berubah kerana kelemahan aku ni membuatkan aku kecewa dan sakit terjatuh lalu terhentak kepala yang membuatkan aku langsung x boleh nak faham apa lecturer encem ajar pagi tadi. merenung ke lecturer itu sambil menghanguk-hanguk kan kepala konon2 paham. pd hal.. ke longkang! tp terima kasih sir. sblm ni mmg sy faham apa yg sir ajar. cuma ari ni je seperti tidak menentu. tapi masih tersenyum.... sbb kamu encem..hihihihi."


" ribuan terima kasih aku nak ucapkan pd kasih sayang yang sudi main kejar-kejar dengan aku selama ni. aku yg kejar kau(kasih sayang) atau kau yang kejar aku? tak apa lah. kita saling kejar mengejar. itu lebih manis. hidup kita indah jika penuh dengan kasih sayang. tp kasih sayang ni suka datang dan pergi. org kata hidup ni kan ibarat tayar basikal.bila basikal dikayuh maka risiko nya adalah...kadang kita bahagia...kadang kita kecewa. itu lah nama nya kehidupan. hidup mesti ada dugaan. baru lah sempurna pengalaman kita. suka dan duka. tapi kasih sayang yg abadi hanya pd Yang Esa dan keluarga. itu tidak dapat nak dinafikan lagi. mari lah kita berkasih sayang sesama manusia."


p/s: ~rasa mcm nak taip bermeter-meter... tp x mampu lg. tunggu lah mlm nanti.
pd kwn2 yg bosan baca sbb banyak yg merepek ntah apa2...x pe, tulisan ini hanya utk memuaskan perasaan sendiri. sbb ini blog merangkap diari canggih sy. maka haruslah saya syok sendiri. hihihi.

~esk alik JB. malas nak balik dengan mood yang x ceria.

~rasa susah menjadi diri sendiri... pelik kan. haih.. kena bersyukur...alhamdullilah...

~ setiap yg berlaku ada hikmah nya kan? kan?

~i miss u all

~sumpah keadaan diri sendiri x stabil skunk ni.. harap jgn pening dgn ayat2 diatas.

~ouh smlm sy kena gelak dgn kwn sy...kerana sy gelak kan diri sy sendiri.. padan muka kau noma!!!!!! hahahahahahahahaa(gelak iblis)

~ouh smlm juga sy mandi selama 2 jam.. dr kul 9mlm...best!!!

4 PURPLEcrazy:

sito said...

kredit utk abg sito..beliau mmg sgt best..

nadia said...

sdeyh nyer yunk..
sabo yer..
kami sllu d'sisi kmo..
muuaaxx.

kupu-kupu_cinta said...

ye, kamu mmg best abg sito..
sentiasa ade utk adk mu ni kan. thanks abg sito..

kupu-kupu_cinta said...

nadia: thanks 4 everthng..
kamu sentiasa dgn sy ketika sedih. ssh. apa sekali pun. thanks. lebiu
btw.. ada gelak2 x bce ni? mcm cincin. haha kejam auw