CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

F.R.I.E.N.D.S

Google
 

Monday, 28 March 2011

....dalam botol

asslammualaikum...

sabtu lepas memang penuh jadual ni.. siang hingga ke malam... namun x mengapa.. saya suka sebab terubat rasa sunyi di hati. hahahahhaa ayat kalau x buat orang geli memang x sah.

dah lama plan, nak keluar dengan azie. ye sebab dia baru dapat gaji. memang jadi kebiasaan kot. :D

first of all thanks to azie coz selalu belanja noma makan bila dapat gaji.. hahaha ini kali ke-3 ko belanja aku kan.... thanks a lot... murah rezeki ko azie x kedekot dgn budak practical. kot2 lepas ni ko naik pangkat ke.. hahahha..amin~

oke... kami janji jumpa kat KFC sebelah Persada. jam 11 pagi da keluar rumah.. dan ternyata aazie sampai dulu. lepas makan dan cakap cakap.... pergi City Square jalan2 cuci mata....memang x nak beli pape pun. nafsu berjaya di kawal. tahniah!

lepas tu macam biasa pergi Kotaraya. pusat beli belah kegemaran azie. hihi.... motif azie adalah nak cari kasut sukan. sebab hujung minggu ni dia dan beberapa staff lain kena pergi Rengit untuk program Bakti Siswa.

puas jugak la berjalan.... nak cari kasut yg satu ni pun makan masa.... nasib baik kami naik public transport. kalau ada transport sendiri memang noma bawa azie keluar dari Kotaraya. lepas azie beli barang keperluan, jam 5.30 petang macam tu kami balik... naik public transport x mo la balik lewat-lewat kan...

sampai rumah tengok anak sedara kesayangan uncle2 dan aunt nya da... huaaa sweetnya tengok abang Bob suapkan anak dia makan. kui3.
petang-petang tu dapat msg daripada shyra. shyra ajak tengok wayang...halamakkkk bajet aku dah berlari2 anak kot. memang la setakat lari anak belum lagi lari pecut 100 meter... tp kena control jugak kan... dan noma sangat bertuah mempunyai kawan-kawan yang pemurah. dan hari tu adalah hari bertuah noma sebab shyra dah heboh kat Fb sape teman dye pergi tengok wayang dia belanja. haha noma x active pun Fb noma. tp noma kwn yang bertuah dapat tawaran tu. sebab noma jenis x fikir panjang. kalau free.. memang noma akan temankan. thanks shyra,

maka malam tu yg join kami ialah mak shyra, ajis dan apis. mak shyra memang cool !!! i sukeee.... sekejap je kita boleh rasa beliau macam mak kita sendiri. hebat x hebat mak shyra ni. jalan siap pegang tangan lagi dengan den. hihihi . tp ada soalan yang buat saya tersipu-sipu malu. hihi

sambil jalan bersebelah dengan mak shyra...

mak shyra: dah ada pakwe?

oke noma rasa muka noma naik pink dibuatnya...x tahu la kenapa malu bila dituju soalan macam tu. hahaha. mungkin sebab org lama yang tanya kot. jawapan noma...

noma: erk...kawan2 je makcik.....

5 saat kemudian...

noma: lambat lagi nak kahwin..org nya pun tengah belajar...

dlm hati: bodoh nya jawapan aku tu.. cakap je la dah ada... kalau x pun x payah la bagi jawapan yang kedua tu! "lambat lagi nak kahwin"hahahaha ... td cakap kawan. ni kahwin lak. da tu orang bukan tanya bila nak kahwin? org tanya dah ada pakwe ke belum. sah makcik fikir aku ni gelojoh. hahamaaf makcik! saya nervous! hahaha.

tiket kami jam 11 malam. banyak masa lagi. so pergi makan kat mamak depan CS. sementara tunggu ajis dan apis.




makcik yang cool
see... manja x i. hahaha *please la aku lbh pendek dr makcik
i like this!
alolo tomeii tomeii dua beranak ni.. tgk tu muka makcik comel je...
sekian.... drpd budak montel. hahaa


p/s:thanks shyra












hari yang manis harus dikenang di usia tua. sekian... (:

0 PURPLEcrazy: