CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

F.R.I.E.N.D.S

Google
 

Thursday, 24 March 2011

perancangan masa depan

assalammualaikum...


bosan bila x ada kerja. bak kata Kak Noza "kalau x ada kerja bosan... kalau da ada kerja.. makan pun x sempat" begitu la hidup orang yang begelar pekerja...

penting ke perancangan masa depan dalam hidup kita ni? jawapan kepada soalan ni penting atau tidak? kalau penting kenapa dan kalau tidak kenapa... yela setiap orang lain caranya... semua ada pendapat dan pendirian masing2 kan. setengah orang ni dalam hidup dia.. dia selalu merancang setengah orang pulak tidak...

untuk diri noma pula.... noma memang merancang masa depan noma... ok aku nak jadi mcm ni so aku kena buat ni dulu buat itu dulu baru aku jadi mcm ni.... perancangan ni mesti la disusuli dengan usaha.. betul ke tidak.. betul kan saya kalau sy silap...

dulu noma nak jadi businesswoman.. that why masuk kolej noma ambil Diploma in Business Management. 3 tahun belajar... macam-macam jenis dugaan datang menguji kekuatan mental ni... dulu pernah susah masa study x ada duit nak makan .. x ada duit nk print assignment (masa ni MARA xada)... nak mintak kat mak abah... x sampai hati nak meminta... tahan je.. aku tengok tabung aku tu kecik besar kecik besar.. nak guna memang sayang. terfikir juga aku ni betul-betul terdesak ke sampai nak pecah tabung. akhirnya pecah jugak... xada jalan lain.

pernah juga kena tipu pasal duit. sebab tu orang kata zaman sekarang ni kita x boleh nak percayakan orang sangat. x kira la orang tu dah lama kenal atau baru je kenal. berkawan x salah... tapi kena berhati-hati. dah berhati-hati tetapi hati wanita...cepat betul rasa simpati bila tengok kawan susah memerlukan bantuan.. dengan niat ikhlas noma tolong... tapi janji hanya tinggal janji... korg faham-faham je la.. malas nak ungkit... kes ni memang da lama berlalu... nasib baik ada orang yg sudi tolong aku masa aku kena tipu dgn kawan. x apa la.. aku halal kan aje apa yang kau pinjam daripada aku... cuma nak ngaku kau kawan. aku sendiri x pasti sebab kau datang kepada aku dulu dengan penuh muslihat. terima kasih. terima kasih juga pada kawan-kawan yang tolong aku.

tak cukup kena tipu dengan kawan... dengan orang luar pun pernah... niat hati nak meringankan beban.. tapi beban yang cuba kita ringan kan tu telah menjadi satu bala dalam hidup kita sebagai pelajar... nadia, noma tahu nadia faham apa yang noma maksudkan disini. kita sama2 terkena..sama2 sakit hati, sama2 rasa ditipu.. xapa nadia... itu pengalaman dalam hidup kita yang bukan semua orang lalui. kan ? :D

3 tahun...satu ruang waktu yang agak panjang dan banyak hal yang tak dapat dirungkaikan di sini. namun, Alahamdullilah.. noma sudah hampir dengan garisan penamat... sekarang noma tengah practical... tinggal lagi sebulan... selepas ni, InsyaAllah dengan izin Allah noma mungkin akan melangkah ke alam pekerjaan. harap-harap noma x duduk rumah tanam anggur lama2. dan bermula la noma di garisan permulaan sebagai seorang pekerja.

mungkin belum rezeki noma nak meneruskan pengajian ke peringkat yang lebih tinggi. mcm kawan2 yang lain... kawan-kawan yang berpeluang tu... jangan sia2 kan peluang yang ada... janji?

walaupun noma x sambung belajar.. noma rasa noma masih lagi menuntut ilmu... menuntut dengan cara yang tidak formal. hihihihi. mungkin noma boleh belalajar beberapa kemahiran seperti menjahit, memasak atau ....solekan??? jeng jeng jeng... banyak lagi bidang yang kita boleh pelajari. hihihi kemahiran yang ada ni boleh la kita apply dalam business. ini semua perancangan.. insyaAllah... perancangan ni sebenarnya ada satu impian dalam hidup noma... selagi masih kuat tenaga muda noma ni.. noma x nak sia2kan. *walaupun jauh disudut hati membuak-buak perasaan ni ingin mengikut jejak langkah rakan-rakan yang sedang berusaha terbang ke langit.


noma selalu berdoa noma dapat kerja yang sesuai.... harap2 lepas practical ni terus ada kerja..noma sekarang tengah gali2 cari kerja la niii . :D tapi buat masa ni noma x memilih kerja... sekarang ni bukan senang nak dpat kerja... bak kata seorang shabat
" jangan biarkan perjalanan kita terhenti...sebab masa tak pernah berhenti "kwn2.. doakan noma oke... i love u all!








hari yang manis harus dikenang di usia tua. sekian... (:

1 PURPLEcrazy:

♪♬ Siti Nor Aisyah ♬♪ said...

hye darl..check my blog..noma ditag sebanyak 2x oleh ecah..