CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

F.R.I.E.N.D.S

Google
 

Monday, 17 October 2011

cemburu wahai sahabat

assalammaualaikum..



argghhhhhh lega nya....senang hati pulak rasa nya aku nk update pasal seorang sahabat aku yang cemburu bukan main lagi..alololo comel la kau ni.

yela. tak semua orang kita boleh jaga hatinya. tapi aku tahu kau saje je cakap cemburu. tapi kau tak kecil hati kan?? kau cuma cemburu je... cemburukan tandanya sayang. maka aku suka kau cemburu. aku senyum bila kau kata cemburu.

kita dah macam adik beradik kan sayang? cubit punggung kau... punggung aku rasa ngilu.

kata adik beradik.. jangan la berkira sangat dengan aku... ala kau kan mesti nak tengok aku senyum manjang bahagia....kan... sahabat yang dekat ni buat aku senyum ketawa sampai berairmata tau. maka kau kena ucapkan terima kasih sayang.

walau macam mana pun, kau dan yang lain-lain tetap dalam hati kecil aku ni. walaupun kecil tapi memang muat la masuk ramai-ramai.hati aku masih ada ruang ni .... tak ada had muatan.... unlimited katanya...

sayang, terima kasih kerana memahami diri aku. aku bersyukur sangat punyai kau dan lain-lain sebagai sahabat... walaupun kita masing-masing berada di daerah yang berbeza... tapi kau dan lain-lain sentiasa ambil berat pasal aku... ambil berat antara 1 sama lain. walaupun jauh, kita rasa dekat kan? indahnya persahabatan.



kau pernah sangka tak kita bersahabat dari sekolah sampai sekarang ? dah 8 tahun kalau tak silap aku.... lama jugak ek kita kenal. tak sangka nya aku masa cepat betul berlalu...

aku rasa mcm baru je tadi kau dan lain-lain pujuk aku masa trial BM. ingat tak aku datang sekolah menangis2 sebab aku kehilangan saudara rapat aku. masa menjawab exam Cikgu Azian diri sebelah aku bagi semangat kat aku? ingat tak?
aku rasa baru minggu lepas aku bawak bekal roti dgn jem yang ayah aku buat untuk kita berempat. lepas tu macam kelmarin je kan aku terhegeh-hegeh masuk kelas dengan bawak kek coklat yang kawan-kawan kita order... rindu x nak makan kek coklat aku? hihihi

eyh semalam kot kite tengok kawan kita yang jadi pengawas tu makan keropok lekor masuk kepala bawah mejaaa.. kan kan??? kesian kan kawan kita.. tapi betul laaa. naik tegang urut pipi aku makan keropok lekor yang liat nak mampos tu. tp aku rasa dekat hari2 jugak kit
a beli keropok lekor liat tu ek??? pelik akuuu


8tahun ni tanpa sedar macam-macam kita lalui. pada aku ... kenangan kita memang banyak manisnya.. tapi aku tak nafikan... bahawa ada juga pahitnya...tapi kita berjaya laluinya. dan aku harap... lepas ni dan sampai bila-bila pun... kita tetap bersatu walau apa pun yang jadi.

kau tahu aku macam mana. kau kenal siapa aku. kau kenal bagaimana hati aku. ramai macam mana pun sahabat baik aku.... kau dan yang lain-lain tetap ada dalam hati aku. tetap bermakna. sekali menghulur salam persahabatan...selamanya orang itu akan kekal menjadi sahabat aku.

sayang, terima kasih atas segalanya.. kau dan lain-lain mampu membuat kan hati aku tersentuh dengan layanan korang. aku tak menyesal air mata ini pernah mengalir kerana kalian.

aku tahu kau bergurau. aku tahu kau saja nak manja-manja dengan aku kan. tak apa.. aku layannnnn... hiihihi. aku rindu korg . sentiasa merindui kalian.


p/s: dah kata dah budak tu x akan faham. suka hati beliau larh.





hari yang manis harus dikenang di usia tua. sekian... (:

0 PURPLEcrazy: