CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

F.R.I.E.N.D.S

Google
 

Sunday, 30 October 2011

gadis bertudung ungu

assalammualaikum...

hari ini hati diketuk suatu perasaan, perasaan itu terbit setelah aku terpandangkan seorang gadis. gadis itu bertudung ungu. betul...aku tak tipu. bukan sebab ungu tu peberet color aku. tapi memang betul gadis itu serba ungu.

melihatkan air mukanya yang menenangkan... mata ini tidak puas untuk menatapnya...
melihat matanya..aku rasa ada kelainan... dia istimewa. dia punyai keistimewaan tersendiri. bagaimana hendak aku nyatakan ye??

wajahnya bersih... nampak berseri-seri... boleh dikatakan cantik. cantik semulajadi. tiada secalit alat kosmetik pun di wajahnya . wajahnya di ibaratkan kertas putih. tiada apa-apa yang menghiasi wajahnya. namun ia masih nampak berseri.

tingkahnya... begitu lembut. tidak sombong malah tidak angkuh dengan keisitmewaannya. dia mesra. hingga buatkan aku senang mendekati dirinya.

senyuman tidak pernah putus. gadis itu begitu menyentuh hati ku dengan sikap peribadinya.

dia tidak lokek dengan ucapan terima kasih. kagum dibuatnya.


lidahnya sentiasa menyebut kesyukuran kepada Allah. insyaAllah... alhamdullilah...


aku terpegun.... gadis itu nampak dibesarkan dengan penuh kasih sayang.


tapi siapa aku untuk menilai itu semua sedangkan hanya sekejapan aku mengenalinya.

namun, hati ini tenang bersama dia... jika diberi peluang. aku ingin menjadi sahabatnya...


sesungguhnya.... indah ciptaan Allah di muka bumi ini... alhamdullilah.



p/s: berdoa agar esok hari aku berkesempatan bertemu dengan gadis bertudung ungu itu









hari yang manis harus dikenang di usia tua. sekian... (:

1 PURPLEcrazy:

Aisyah Lee said...

siapakah si ungu? >,<
(excited nak tahu)