CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

F.R.I.E.N.D.S

Google
 

Saturday, 29 October 2011

hati dan perasaan


assalammualaikum...


hati ini masih memendam perasaan yang dulu. aku ingat ia telah pergi. tapi salah tafsiran aku. bila bersama. hati itu masih sama. perasaan itu masih tak berubah rupanya...

susah betul nak nyah kan perasaan yang dah lama bermukim di hati ni. payah!!! payahhhh!!! sungguh payahhhhh...

tapi aku akan cuba. belum cuba belum tahu. hati dan perasaan ini tak boleh di duga. jauh sekali untuk kita jangka.


tapi tahu la hendaknya bahawa hati dan perasaan ini tidak semudah macam goreng pisang. tak sesenang sidai baju di ampaian...

hati dan perasaan ini jika terluka... ia menangis. jika dibelai.. ia bahagia.

sakit hati yang terluka tak sama seperti sakitnya jari terhiris pisau. tak sama seperti sakitnya kaki terseliuh.

menangisnya hati ini tidak sama seperti anak kecil menangis meminta makanan. menangisnya hati ini tidak sama seperti tangisan awan.

ishkkk jangan dibuat main dengan hati dan perasaan ni...

rahsia hati ini bukan semua orang tahu. bukan semua orang faham. termasuk lah dia yang sedang duduk bersila di hati.

susah agaknya untuk memahami. susah mungkin untuk menerima rahsia hati ini. REDHA. cukup bagi aku untuk melihat dia bahagia. biar kami kekal bersahabat. itu mungkin lebih baik untuk kami. aku senang melihat dia di depan mata daripada melihat dia pergi menjauh.


arghhh hati dan perasaan boleh berubah. selagi belum tiba masanya... mungkin Allah sengaja pertemukan aku dengan orang yang salah. ye akan tiba masa itu. InsyaAllah.


p/s: malam ini aku akan bahagia bersama insan-insan tersayang


hari yang manis harus dikenang di usia tua. sekian... (:

0 PURPLEcrazy: