CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

F.R.I.E.N.D.S

Google
 

Wednesday, 19 October 2011

kekuatan aku juga adalah beliau

assalammualaikum...


aku rasa resah dan bimbang. kerana itu kali pertama.

itu lah perasaan aku ketika kali pertama hendak bertemu dengan beliau. resah dan bimbang.

tapi aku tetap menjadi diri ku.

dan aku tak sangka... lama-lama jatuh sayang. tapi aku ragu-ragu...

kerana aku masih tak tahu adakah sayang itu akan kekal? kerana aku tak pasti sayang itu atas dasar apa...


kini segalanya terjawab. aku jatuh sayang kerana diri beliau. diri beliau sendiri yang buat aku jatuh sayang. bukan orang lain. bukan sayang atas nama orang lain.
beraya dengan ibu... kawan kata muka kita nampak seiras. yeke?



beliau peramah, beliau melayan aku dengan baik. beliau mengambil berat.

aku sendiri jujur tanpa segan silu mengaku bahawa aku menyayangi beliau. aku sangat sayangkan beliau. nama beliau sudah terukir di ruang hati ini bersama insan kesayangan yang lain.

hari demi hari kami semakin rapat. aku ingin membahagiakan beliau.

aku gembira bila mendengar suara beliau ditalian. bila dia kata rindu. aku terharu
memang hati akan ada rindu bila lama tak dengar suara dan khabar berita...

beliau selalu berikan aku kata-kata semangat. beliau selalu membuatkan aku tersenyum. beliau sering saja ingin bergurau senda. beliau murah dengan nasihat. sesungguhnya... aku kuat kerana beliau juga... "terima kasih ibu "
~Ya Allah lindungi lah dua insan yang menjadi kekuatan aku dalam melalui kehidupan ini... mak dan ibu~


walaupun beliau bukan yang melahirkan aku. tapi aku hargai kasih sayang yang beliau berikan. aku hargai hubungan ini. biar ia kekal sampai bila-bila. sesuatu yang terjadi tak akan memisahkan kami. kerana aku meletak kan diri nya sama seperti insan yang melahirkan aku. aku amat mencintai kedua insan ini.

"noma sayang ibu"



hari yang manis harus dikenang di usia tua. sekian... (:

0 PURPLEcrazy: