CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

F.R.I.E.N.D.S

Google
 

Tuesday, 18 October 2011

kekuatan aku


assalammualaikum....

aku bersyukur kepada-Mu Ya Allah.

aku bersyukur kerana aku tidak keseorangan...
pada zahir nya mungkin aku seperti sendirian tanpa sesiapa...
malah sebelum ni aku sendiri tak sedar bahawa aku sebenarnya bukan sendirian.

ketika aku kesusahan
ketika aku kecewa
ketika aku lemah tak berdaya
ketika aku jatuh dalam sesetengah perjalanan aku
dan setiap masa....

aku tak pernah sendiri. cuma perasaan aku je yang merasa tersisih.

tanpa sedar... insan yang banyak memberi kekuatan kepada aku adalah insan yang mengoncang buaian aku.
aku jarang cerita masalah aku pada beliau. aku lebih suka beliau lihat wajah aku yang ceria. aku lebih suka mendengarkan beliau dengan gelak tawa aku. aku tak mahu beliau lihat kesuraman hati aku. aku tak mahu beliau lihat luka yang berdarah itu. aku tak mahu...


aku lebih rela menjadi pelakon di hadapan beliau. agar hati beliau tidak resah memikirkan aku. tapi dalam diam... dan juga tanpa sedar... aku menuntut ilmu kehidupan dengan beliau. aku lihat perjalanan hidup beliau. aku lihat bagaimana beliau jatuh dan mampu bangun sendiri tanpa bergantung pada sesiapa. aku lihat air mata kecewa beliau yang membuatkan beliau terus tabah. air mata bukan bererti beliau lemah.

aku rasa bangga sebab beliau mampu menanganinya. beliau cukup tabah melalui jalan berduri. beliau cukup berani mengorak langkah sedang beliau keseorangan .

dan aku sedar... walaupun aku sembunyikan apa yang ada disebalik ruang hati ini.. dia punyai naluri yang mampu membaca apa yang ada. walau aku tak berkata. tapi beliau tahu. beliau buat tak kisah. bukan bermakna beliau tak sayang. aku pun tak kisah kalau begitu. kerana aku tak mahu beliau bimbang.

beliau lah kekuatan aku sebenarnya...


tapi... bukan beliau sahaja menjadi sumber inspirasi hidupku.

"akak sayang mak "






hari yang manis harus dikenang di usia tua. sekian... (:

0 PURPLEcrazy: