CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

F.R.I.E.N.D.S

Google
 

Friday, 14 October 2011

kembali


assalammualaikum....

lama aku x memaniskan kisah hidup aku di ruangan blog ni... last entry aku bulan mei.pejam celik pejam celik.... pantas betul larian masa yang kita jejaki.

lama aku tak update blog kan?? aku pun x tahu kenapa aku tegar meminggirkan blog kesayangan aku ni. sesungguhnya masa sangat mencemburui aku bersama blog. heh!

dalam beberapa bulan ni yang tak dapat aku ukirkan kisahnya di sini secara ringkas nya... kehidupan aku biasa-biasa aje... tak ada yang aneh2....jauh sekali yang luar biasa... segalanya biasa2 aje...aku bukan alien pun...aku insan biasa macam kalian...


kehidupan selepas tamat belajar... aku rasa mencabar sedikit. ni baru sikit ea... belum yang banyak lagi. maka aku tak nak merungut dengan cabaran yang baru sikit tu.... jika diizin Allah aku bernafas lama....insyaAllah... mungkin akan ada banyak lagi cabaran yang perlu aku lalui....

hari-hari aku sama saja seperti kalian.... diwarnai oleh orang2 yang disayangi.... tak lupa jugak mereka yang penuh hasad dengki dan busuk hati. tak apa! itu aku anggap sebagai perwarna tambahan. al-maklum lah.. mana ada yang baik kalau tak ada yang jahat... mana ada gembira kalau tak ada sedih... mana ada sayang kalau tak ada benci... tak apa...tak apa.... itu semua lumrah. aku tahu kita semua merasainya... so memang biasa-biasa saja kehidupan aku. maka aku tak pelik!

Jujur lah aku rindu blog ini! dan blog kawan-kawan(korg lah). lama jugak aku tak jalan-jalan dan lepaking blog korg... haihhh apa la kan... serious aku tak ada banyak masa macam aku bergelar pelajar dulu... sejak kerja yang biasa-biasa ni aku dapat rasa macam mana memikul tanggungjawab atas beberapa perkara. dan sejak aku kerja baru aku tahu aku ni jenis kuat bekerja! ( lantak ar aku nak cakap aku kuat kerja :P) . yeee kuat bekerja tak bererti mata duitan. yela... jangan anggap aku kerja kerja kerja semata kerana duit... aku kerja atas tanggungjawab dan... tiba masanya aku kejar impian aku... dan impian org tua ku. impian mereka itu adalah tanggungjawab aku untuk mencapainya.. insyaAllah. semoga Allah permudahkan jalan yang aku pilih ini... ye jalan yang berbeza daripada rakan-rakan aku.... mereka yang masih berjuang memerah otak untuk segulung lagi ijazah.... tak apa... aku bangga miliki rakan seperti mereka.... insyaAllah jika ada rezeki dan dengan izin Allah. aku menyusul.

haiiillaaa...aku harap pada diri aku sendiri.. sekiranya ada masa... blog ini tak akan dipinggirkan. <3

hari yang manis harus dikenang di usia tua. sekian... (:

0 PURPLEcrazy: