CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

F.R.I.E.N.D.S

Google
 

Tuesday, 1 November 2011

maaf

assalammualaikum....


setiap apa yang berlaku dan apa yang kita lakukan... mesti ada sebab dan alasan untuk perkara itu terjadi.


semua orang faham... bahawa kita tak mampu nak menjaga hati semua orang. kadang-kadang kita cuba untuk menjaga hati mereka agar tidak terluka dengan perbuatan kita. tapi kadang-kadang kita tak sedar bahawa kita gagal. begitu la aku dalam kisah ni.


aku ada sebab mengapa aku menyepi. aku fikir tiada yang perasan akan tindakan itu. aku fikir tiada yang peduli. sebab aku rasa aku bukan siapa-siapa bagi mereka. jauh mana aku pergi... lama mana aku menyepi. mereka tak pernah sesekali aku lupakan.

mereka masih istimewa seperti dulu. tak berubah kedudukan mereka dalam hati aku. cuma yang berubah adalah keakraban kita. kita semakin meningkat dewasa di mana kita punyai kehidupan sendiri yang kadang kala tidak berkesempatan untuk menjadi seperti dulu. zaman remaja yang membawa kita erti persahabatan yang akan sentiasa mencipta memori suka duka.

aku tak tahu penjelasan apa yang harus ku berikan dalam kisah ni. dan aku yakin mereka juga tidak menuntut penjelasan daripada aku. cuma aku minta maaf sekiranya aku sudah menguris hati kalian dengan sikap menyepikan diri. adakah kita masih sahabat karib?


sahabat karib. lama tak guna perkataan ni. sekarang zaman dah moden. BFF okeh. :)

soalan aku: adakah kitaa masih sahabat karib?

walaupun banyak perkara yang tidak dapat kita kongsikan bersama?

walaupun tidak ada masa untuk kita luangkan bersama?

walaupun aku tak mampu menjaga hati kalian :(

walaupun banyak salah silap aku pada kalian :(

aku mintak maaf. harap kalian masih sudi menerima aku

aku rindukan kalian... maaf










































maaf



























aku sayang kalian

















































































mengenali kalian adalah saat paling indah



























































tidak pernah wujud erti penyesalan dengan perkenalan kita













































































ingat...bahawa aku sentiasa mendoakan yang terbaik untuk kalian. walaupun jarak yang memisahkan kita. walaupun masa yang mencemburui kita... mendoakan kebahagian kalian menjadi sebahagian daripada hidup ku...




















sayang,
noma






hari yang manis harus dikenang di usia tua. sekian... (:

0 PURPLEcrazy: