CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

F.R.I.E.N.D.S

Google
 

Friday, 18 November 2011

Selamat Pengantin Baru Along Rafi dan Dilla



assalammualaikum....


seminggu sudah berlalu... aku baru nak hapdet pasal wedding ALong Rafi yang secara sahnya antara Along Rafi dan Dilla menjadi suami isteri adalah pada tanggal 11.11.2011 . oke aku tak dapat datang masa mereka nikah... sebab kerja. tapi demi mereka aku ambik cuti 2 hari. 12& 13 NOV 2011. sebab 12hb tu sanding kat rumah penganti perempuan. 13hb pulak rumah pengantin lelaki iaitu cousin aku anak kepada Aunty Zarah,

hari sabtu kat rumah pengantin perempuan tema mereka adalah Kuning okehhhh menyerlah betul abg Long Rafi kita.
macam tak kenal cousin aku sorg ni.REMY


kenduri kahwin... korag faham-faham la kan sesungguhnya memang meriah . petang tu lepas kenduri, kami lepak rumah Aunty Zarah. esoknya adalah majlis menyambut menantu pulakkk.... aku tak rasa penat lagi time ni. makanan pulak aunty just order je. x masak kat rumah. cuma kena masak makan malam je la. sebab ada sedara mara belah arwah ayah Along Rafi dari Kuantan bermalam kat situ jugak.

Along Rafi dan Aunty Zarah



sedara mara belah aunty zarah (aku la kan) tak ada pun bermalam kat rumah aunty. alhamdullilah sebab semua duduk dalam JB. tak jauh pun. tapi esoknya aku kena datang awal sebab aunty kesayangan aku sponsor untuk make-up aku. huahuahuahuahua.. memang sayang aunty ketat2 larh kan. kui3. baju kami semua adalah sedondon. di sponsor setengah harga oleh aunty zarah jugak. hakhakhak Terima Kasih la kan.
nak jugak tepek muka budak baru bangun tidur ni
comel jee tau dia bangun tidur terus peluk ibu dye dari belakang. pastu buat muka cute kt kiteorg




pagi pagi aku dah kelam kabut datang rumah aunty.masa aku sampai Popoi (tukang make-up) tengah make-up kan mak pengantin. aku tunggu turn atas katil. :P aku rasa ni kot first time aku make-up yang beriya-iya. ye aku nama kan ini make-up ber-iya-iya sebab aku rasa ber-inci2 bedak ditepek kt muka aku. alaaaa bukan senang nak dapatkan tajaan daripada aunty aku ni... aku sorg je dapat offer ni. :P
Rafiq Iskandar, anak sedara aku jugak ni
haa ni Pak Uda beliau.penuh camera aku gambar jantan sorg ni ;p


dah lawa-lawa kena angkat pinggan kotor pulakkk. HAKHAKHAKHAK tuiiii habis kau nak duduk aje ke tayang muka... NO NO NO sebelum Mam Zarah melontarkan vokalnyaaa.baik kau buat kerja. aku dapat rasakan kemeriahannya. aku suka suasana macam ni. aku tengok seronok je sedara mara yang jauh-jauh datang. macam reunion pulak aku rasa... even aku tak berapa nak kenal sepupu sepapat mak aku.


beliau ni nama nya Kembang Yusra. bakal menantu Aunty Zara yang no 2. sekarang memegang status tunangan orang, kira sepanjang majlis kami duk berkepit berdua aje la...
macam kelakar pulak muka aku make-up tebal2 . hahaha

pictures adalah sangat banyak. lebih-lebih lagi Photographer nya cousin sendiri. haiillaaa haillaaa Amja ku yang comel. terima kasih ye... tapi sayang sekali aku x dapat lagi nak upload semua pic tu. Amja mungkin sibuk. so aku just upload pic yang ada dalam hp
adik bongsu akku, BABY

petang tu, aku follow pengantin pergi snap pic kat luar. kat Hutan Bandar yg baru tuu. kat Mutiaria Rini kalau tak silap. menyibuk aje keje kami...

tapi yang bagus nya... timing hujan turun memang cantik. ngam ngam kiteorg nak balik hujan pun turun. Alhamdullilah....


aku ucapakan Selamat Pengantin Baru buat Along Rafi a.k.a Monel dan pasangan beliau Dilla. semoga berbahagia hingga akhirat. tak nak la sampai tua je. InsyaAllah.











hari yang manis harus dikenang di usia tua. sekian... (:

0 PURPLEcrazy: