CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

F.R.I.E.N.D.S

Google
 

Tuesday, 6 December 2011

SAYA dan AWAK

assalammualaikum....

Saya rindukan kenangan. Saya juga rindukan awak. Saya rindu kenangan bersama awak.




Kita kenal dan kita menjadi rapat. Awak baik sangat. Awak ambil berat tentang diri saya. Awak mungkin tak sedar bahawa awak menjadi contoh kepada saya. Banyak nilai-nilai murni yang saya belajar secara tidak formal daripada awak. Awak tak tahu kan?


Awak tahu tak , awak selalu buat saya tersenyum sendiri bila saya baca msg daripada awak. Kadang-kala bila tiba gila awak.... awak buat saya ketawa sendirian. Ketawa ketawa jugak... kadang-kala awak selalu buat saya panas hati ek... eeeeeeeeeeeeeeeeee geramnya saya kat awak ni.... tapi marah saya pada awak tak lama. Sekejap je awak :)

Awak pulak jarang marah saya... tapi awak kerap merajuk. Comel tau awak merajuk. Saya tak pernah risau bila awak merajuk. Saya akan senyum senyum dan senyum bila awak merajuk. Dengan senang hati saya memujuk. Merajuk awak pun tak lama. Sekejap je.Saya tahu awak nak manja-manja kan? Saya tak kisah pun.

Awak kerap pesan kat saya supaya jangan nakal-nakal. Awak selalu suruh saya janji. Awak ni sweet la. Saya suka. Awak pun selalu cemburukan. Tapi cemburu awak bertempat.... Saya tak rimas sebab saya dapat rasa awak sayang saya. <3 Awak rasa awak kongkong saya ke? Saya tak rasa macam tu. Saya rasa seperti dihargai. Terima Kasih awak.


Awak pernah cakap pada saya yang awak nak jaga saya. Awak kata kita sama-sama menjaga antara satu sama lain. Saya diam bukan saya tak setuju. Saya suka. Tapi saya malu nak menyatakannya. Mungkin awak dah salah tafsir dengan kebisuan saya.


Lama-lama kita berkawan....kadang kala buat saya takut untuk kehilangan awak. Sebab saya sedar mungkin saya tak layak untuk awak. Mungkin saya bukan yang terbaik untuk awak. Hubungan kita yang rapat dulu semakin lama semakin renggang. Saya sedar akan perubahan itu. Saya diam dan saya pujuk hati untuk terima keadaan ini.



"wahai SAYA...mungkin kau bukan yang terbaik untuk AWAK. SAYA kena terima semua ini dengan hati yang terbuka... percaya lah.... satu hari nanti akan datang seorang insan yang tak akan pernah meninggalkan SAYA melainkan takdir Allah yang menghendakinya. wahai SAYA, kau hanya mampu mengenang kenangan yang sudah berlalu. Mungkin ia tidak dapat di padam atau diubah...jauh sekali untuk kembali ke saat itu. Terima la segalanya dengan seikhlas hatimu "




Awak, ada ketika saya rindukan kehadiran awak dalam hidup saya. Kerinduan itu mampu buatkan mood saya berubah secara tiba-tiba. Saya sendiri tak faham kenapa begitu. Bila saya
rindu saya baca semua msg-msg kita. Masih tersimpan baik dalam hp ehsan Along saya.



Saya minta maaf sebab rindukan awak... awak jangan lupakan saya....sebagai kawan awak... awak janji ye? janji tau... saya tak mahu menyakiti awak... sebab tu saya jauh.


p/s: menitisairmatabilarindukanawak



p/s: kisah awak wahai si pelukis potret



hari yang manis harus dikenang di usia tua. sekian... (:

0 PURPLEcrazy: