CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

F.R.I.E.N.D.S

Google
 

Saturday, 21 January 2012

kadang rasa ingin menjauh kerana...


assalammualaikum....

antara cerita gembira dan cerita sedih. cerita sedih aku utamakan sekejap. sebab seriously aku tengah lost sekarang ni. mood aku tak ok sangat ni. aku ingin ruang untuk aku luahkan apa yang menyakitkan. lepas aku dah ok. baru la boleh aku cerita kisah gembira aku dengan mood yang BAIK.

dalam hidup ni banyak kisah. kadang kita hampir hilang kawalan dalam setiap kisah yang kita hadapi. kita bukan mesin yang dapat mengawal setiap kegunaan dengan cekap. kita manusia.ada kala kita kuat untuk laluinya. ada kala kite lemah untuk teruskannya. macam tu juga aku. aku juga seperti kalian. manusia yang ada kekurangan dan kelebihan masing-masing. manusia yang kadang berjaya dan kadang gagal dalam setiap kisah yang dilalui.


aku mungkin bukan seorang yang dapat membahagiakan orang lain dengan baik. mungkin juga aku sebenarnya tak mampu mengembirakan orang lain. terutama orang yang aku sayang. :)
sangat mengecewakan :)



maaf kan aku kerana aku mengecewakan kalian. maafkan aku kerana kalian tak gembira dengan hadir nya aku. maafkan aku kerana hadirnya aku kalian tidak bahagia. kecilnya diri ku antara kalian. aku akui. wujudnya aku dalam hari-hari kalian mungkin tak bermakna. hilangnya aku juga mungkin tidak terkesan dalam hari-hari kalian.


kadangrasainginmenjauh~









hari yang manis harus dikenang di usia tua. sekian... (:

0 PURPLEcrazy: