CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

F.R.I.E.N.D.S

Google
 

Thursday, 12 January 2012

kisah yang berlalu


assalammualaikum.

hati aku nak berkata. tapi tiada telinga yang mendengar.

maka jari aku menjadi orang tengah antara hati dan bicara :) biar blog ini menjadi saksi.

aku tak sangka bertemu kembali dengan dia. aku rasa lebih 2 tahun aku pergi daripada hidupnya. demi menjaga hati. 2 tahun sudah berlalu. apakah perubahan dalam diri masing-masing? adakah kami mampu menjadi sahabat seperti dulu?

gembirakah dia dengan pertemuan ini? 3 hari bertemu. 3 hari tu aje sudah mampu menimbulkan perselisihan. tapi 3 hari itu sebenarnya adalah yang indah. 3 hari je? ada yang manis dan juga pahit. 3 hari pun mampu membuatkan air mata mengalir. rindukah aku pada dirinya?


rindu... ye sangat2 rindu. aku mengaku aku rindukan dia. tapi keadaan sudah tidak seperti dulu. aku tak mampu.
mungkin ke aku harus pergi sekali lagi? bagaimana hatinya? dan hati ku? sukar rupanya menjaga hati.

hari ini aku mula menjauh daripadanya. hati tak henti-henti merasa rindu. tapi aku tahan. bersama ini aku bina tembok ego agar hati ku kuat untuk terus menyepi.

apakah dia di sana aman tanpa ku? hurm...


kenapa sering kali jiwa terseksa melakukan sesuatu yang terpaksa.


hahahaha hipokrit ke aku? ego ke aku? sebenarnya jauh sudut hati aku tidak yakin dengan rasa hatinya. masih adakah sayang itu dalam dirinya untuk ku? haruskah aku percaya? sebab tak yakin ni yang membawa diri ku pergi. adil kah bagi nya? maaf, aku terpaksa.


bagaimana ingin ku nyatakan apa yang terbuku di hati ini? aku tak mengharapkan sesiapa untuk memahami apa yang aku rasai. tapi aku ingin meluahkannya. kerana aku tidak mampu menyimpan di dalam hati. aku rasa sakit sendiri.

sedikit luahan ku curahkan di sini. sebanyak rasa ku simpan di hati. kerana tidak mampu ku luahkan segalanya. tidak mampu ku lukis segala rasa ini di dalam abjad.sedar bahawa perasaan itu tidak boleh dilihat atau disentuh. tapi dirasai.
aku ingin berkongsi kesedihan ini. namun aku tak mampu. aku hanya berharap akan hadir seseorang dan melawak depan aku. hingga aku ketawa berair mata. hingga aku bebas dari cengkaman rasa sedih ini. ketawa guling-guling pun aku tak kisah.

tak ada siapa kot yang boleh faham :(


aku hanya berlakon menjadi kuat. aku berlagak tenang kerana aku tak ingin menjadi lemah. dia sudah jauh berbeza jika dibandingkan dirinya yang aku kenal dulu,. mungkin pertemuan ini tidak seharusnya berlaku. ye mungkin itu lebih baik. untuk apa pertemuan ini jika hanya menambah luka lama. untuk apa pertemuan ini jika hanya akan menyakiti. untuk apa pertemuan ini jika aku kecewa. tapi aku percaya... mungkin Allah ada sebab mengapa kami dipertemukan sekali lagi. aku percaya setiap yang berlaku ada hikmah yang mungkin aku tidak menyedarinya. InsyaAllah~

aku cuba dan aku keraskan hati untuk perasaan ini terus disimpan seperti 2 tahun yang lalu. jika 2 tahun lalu aku mampu. mengapa tidak untuk kali ini. perasaan? perasaan aku ini tidak berharga bagi sesiapa. perasaan ini hanya milik ku. dan hanya aku yang akan menghargainya.



"sayang saya, sayang awak ni doakan awk bahagia. saya pergi bukan sebab saya benci. tapi sebab saya nak awak bahagia. saya nak kita sama-sama bahagia. saya tak mahu awak susah kerana saya. saya tak mahu awak keliru dengan kehadiran saya. saya tak mahu awak berbelah bagi kerana saya. saya tak mahu menyakiti hati awak lagi. sayang saya, awak ada dalam hati saya. maafkan saya sebab 2 tahun lalu saya tegar melukai hati awak demi menjaga hati orang lain. maafkan saya. saya dah sedar saya sayangkan awak. "











hari yang manis harus dikenang di usia tua. sekian... (:

2 PURPLEcrazy:

Suara Kecil said...

bila aku baca, aku letakkan diri aku dalam diri kau. Sebak. *berjurai-juraiairmata*

Sedey wok bila aku terpaksa lepaskan orang yang aku sayang. Selama 5bulan aku mengaku aku da lupakan dia. ego tau? aku nak die tau aku rindukan die,aku nak die tau die sentiasa ada dlm doa harian aku. tp ego. :'(

weh, lagu blog kau. buat keadaan makin hiba. da lama aku tak nangis,kbai.

kupu-kupu_cinta said...

suara kecil : sob sob sob sob aku pun sedih. menangis gak aku buat entry ni. lps aku aku gelak. lama aku pk nk post ke x. hahaha tp aku perlantakkan ape yg org fikir. aku nk luahkan . ini cara aku..

betul tu , sedih bila terpaksa lps kan org yg kite syg. terpaksa didik diri utk menjadi ego. pd hal aku bukan manusia yg ego.

thanks baca entry emo aku ni. heee.


lagu aku: ku ingin kamu by romance :)