CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

F.R.I.E.N.D.S

Google
 

Friday, 2 March 2012

aku di KL, Mantin dan Putrajaya


assalammualaikum...

lama dah plan nak naik kolej utk buat clearance dan ambil album convo kat PJ. dari bulan 12 kot kalau tak silap aku plan nak settle kan semua benda ni. tapi kita merancang Allah menentukan segalanya. :D

finally, akhir bulan Januari settle jugak benda ni. dapat gaji kerja 16hari kat AZBA, balik kerja tu aku terus siap2 kan diri. dalam siap2 tu aku duk confius jugak lah. sama ada nak pergi ke tak. kena susun schedule molek2. sebab aku pun nak tahu kawan-kawan kat sana tu free ke idak nak melayan aku kan . tapi kalau naik kl 2 3 hari memang x sempat la aku nak jumpa semua orang. :D itu pun yang dah janji nak lepak, x jadi lepak.

jumaat malam, aku call abg Jalil yang jual tiket bus kat Larkin tu. booking 1 tiket utk aku turun kat TBS. ok fine. aku tawakal, bus ke TBS jam 12.30 tengah malam :)

tapi aku terpaksa datang Larkin awal sebab dorg tutup jam 9.30 malam.

tunggu kat sini sampai kul 10 malam. lepas tu, terus turun lepak mcd. sumpah aku bosan tunggu lama-lama macam ni. dan aku adalah mengantuk sungguh-sungguh!!!! sampai terlelap sekejap kat mcd tu. hadoiiiihaaiiiiii. lama betul aku nak tunggu kul 12.30.

bila 12.30 aku tunggu depan bus tengok ada orang naik ke tak. aku duduk toleh kiri toleh kanan. tengok orang tu tengok org ni. tengok kaki.... ceh! tak ada yang naik bus ni ke. bila aku dah fade up, aku naik je dulu dan tanya ramai orang tak malam ni turun TBS. dia cakap mungkin aku sorg je kot. hakhakhakhak. OK Fine!! aku tak tahu nak cakap apa. terus aku text orang2 berkenaan inform dorg. tapi yang kuat bebel tu aku tak beritahu lagi la. nanti panas telinga aku.

dalam bus memang aku tak tidur. walau hakikat nya aku mengantok tahap tenuk! dalam kul 4 pagi aku sampai TBS. aku text paan. padan la muka kau kann kena bangun pepagi sebab aku.

actually, sebab aku gerak jumaat malam tu jugak adalah kerana.... hari sabtu biasa office kolej half day je. so kalau aku gerak hari sabtu, sampai dah tentu tengah hari. memang tak sempat la kan. so terpaksa gak aku gerak jumaat malam tu :D

lepas paan amik aku terus gerak g kolej. aku tumpang mandi kat rumah nadhirah. terima kasih daun pandan sayang sebab teman akak buat clearance. <3

agak letih gak. kena ke hulu dan ke hilir... dan la lapar. panas. erk. paan kau sedap membuta dalam kete kan. huh!

alhamdullilah, lepas settle hal kat kolej, kiteorang gerak berambus dari Mantin. pergi makan dulu sebelum memecut ke PJ utk ambik album convo aku. pusing2 jugak la nak mencari kedai gambar tu.


dah settle, ape lagi. berjimba! g Alamanda dengan paan, mex dan weda(awek mex yang sgt sempoi). merayau entah kemana-mana je la kan. erk.. sungguh letih sebab aku tak topup tidur aku lagi ni. dalam kereta je la aku tidur2 ayam. malam tu check in hotel area putrajaya. tak dapat jumpa emiey edayu sebab dye kena balik melaka. huhuhuhu kalau tak aku nak lepak rumah beliau. ok x pe. next time!

esok pagi, paan ajak aku sarapan makan sate kat Taman Botani. sebelum balik, sempat gak ar g karaoke. mendengar jugak la suara paan ala2 jamal abdillah. hahahaa.
aku dan dedaun
termeleleh jap air liur aku nak tunggu si paan snap pic aku.ape pun tak boleh


petang ahad tu aku gerak balik JB. berdengkur lah aku dalam bus :P Sekian...












hari yang manis harus dikenang di usia tua. sekian... (:

0 PURPLEcrazy: