CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

F.R.I.E.N.D.S

Google
 

Tuesday, 28 May 2013

tanya apa khabar Hati?

Assalammualaikum...


Tanya apa khabar hati? kalau tanya tentang khabar hati, tanya la sekerap mungkin. Kerana hati mempunyai bermacam rasa...pelbagai perasaan.

Hati aku semalam... rasa sakit... bila sesuatu yang menyakitkan.Aku jadi gelisah tak senang. Aku ni kebiasaannya kalah dengan hati yang sedang sakit kerana aku mudah mengalah.

Tapi semalam sekejap je rasanya bila ada pemberian yang buat kan hati aku rasa sedikit gembira. Sedikit pun tak apa. Syukur Alhamdullilah. Sedikit kerana gembira itu belum mencukupi untuk timbus lubang hati yang sakit...

Tapi selepas itu, hati jadi gembira sepenuhnya bila ia sembuh kerana suatu suara yang aku dengar. Rasa lega lah maksudnya...

 nak belon?!



Tetapi bukan hari-hari hati kita merasakan begini.  Betul?


Kalau hari ni, hati aku tak ada rasa sakit pun. Gembira? ouh biasa-biasa sahaja. Dan aku tak tahu dan tak pasti apakah khabar hati untuk hari esok. Kerana dalam hidup ni akan ada sesuatu yang berlaku tapi kita tak pernah menjangkanya.


Bersedia lah untuk sebarang kemungkinan yang kita tak tak dapat nak ukur.

p/s: saja je tiru entry adik kita. Hamdya Farhana :D




hari yang manis harus dikenang di usia tua. sekian... (:

0 PURPLEcrazy: