CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

F.R.I.E.N.D.S

Google
 

Wednesday, 12 June 2013

Aku perlu ruang

assalammualaaikum...

aku tidak mahu meluahkan.
mereka tidak perlu mendengar
cuma aku ingin bersama agar celaru pergi

aku tidak mahu mengeluh
mereka tidak perlu rimas
cuma aku ingin bersama agar bibirku tersenyum

aku tidak mahu simpati
mereka tidak perlu tahu
cuma aku ingin bersama agar hatiku gembira

Walau segalanya sementara...

Biarlah sementara.

tiada masalah yang wujud tanpa jalan penyelesaian.

Aku perlu ruang untuk berfikir.
Aku perlu berfikir untuk satu kesimpulan
Aku perlu kesimpulan untuk satu KEPUTUSAN.

Setiap di antara kita tidak lari dari masalah. Sama ada masalah datang dari luar atau masalah datang dari diri kita sendiri. Bukan aku sombong untuk memendam sebahagian masalah itu sendiri. Tapi aku takut kerana bukan semua boleh memahami kita kerana aku sendiri terkadang tidak memahami mereka. Aku cuma perlu ruang dan sedikit rasa gembira sebagai penyedap hati.

Kita punya kisah sendiri yang berbeza. Kita punya cara sendiri untuk menjalaninya. Mungkin 1 masa yang aku sudah sedia. Aku akan berkongsi.

Sedar tak... bukan semua perkara kita boleh kongsikan dengan semua orang...

Terima kasih para sahabat yang membuatkan aku tersenyum dan gembira. 



hari yang manis harus dikenang di usia tua. sekian... (:

2 PURPLEcrazy:

E'in said...

awak, jgn sedih2... huhu

kupu-kupu_cinta said...

thanks ein :)

kita ok. :D