CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

F.R.I.E.N.D.S

Google
 

Wednesday, 26 June 2013

Bersyukur kepada-Mu

Assalammualaikum.

Sudah terbiasa begini
Moga apa pun yang bakal terjadi selepas ini
Yakin akan diri sendiri
Bahawa mampu menghadapinya dengan terbuka hati.

Kelukaan adalah satu pengenalan dalam langkah menuju kebahagiaan.
Kebahagiaan ada apabila kita mensyukuri setiap apa yang kita miliki.

Aku bersyukur atas apa yang pernah aku miliki. 
Aku juga harus bersyukur atas setiap kehilangan yang terjadi. 

Moga setiap kehilangan itu akan digantikan dengan sesuatu yang lebih baik.
Dewasa ini aku mulai faham tiada yang kekal abadi melainkan... rasa cinta terhadap Yang Maha Esa.
Apa pun yang terjadi.. kembali pada-Nya. Susah atau senang. Suka atau duka.

Berdoa la agar kita tidak terus lalai dan alpha dengan keduniaan yang sementara.
Sedar la bahawa akan ada dunia yang kekal buat kita. Akhirat.

Ya Allah bimbing lah kami agar kami tidak tersasar jauh dari jalan menuju syurga.
Ya Allah lindungi lah kami dari bisikan syaitan.
Ya Allah berikan lah kami petunjuk atas setiap dugaan hidup ini.
Semoga hamba-Mu ini tidak mudah mengalah.

p/s: Doa buat kita, hamba Allah.
p/s: peringatan untuk aku yang sedang diuji. :)

hari yang manis harus dikenang di usia tua. sekian... (:

2 PURPLEcrazy:

E'in said...

awak putus cinta ke? huhu

kupu-kupu_cinta said...

e'in .: awak rasa mcm tu ke? heee