CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

F.R.I.E.N.D.S

Google
 

Tuesday, 25 June 2013

Terima kasih teman-teman

Assalammualaikum...

Ya Allah...

Kau turunkan aku satu ujian
Kau iringi dengan satu dugaan

Ya Allah...

Ketika ini aku rasa seperti tidak ingin membuka mata.
Aku ingin lelap dan tanggal 23 June 2013 ini tiada dalam harian ku.
Tapi mana mungkin?

Ya Allah...

Saat ujian menimpa...
Apa perlu aku buat?
Siapa yang perlu aku hubungi?
Bagaimana selepas ini?
Mengapa aku yang di dipilih?

Aku cuba didik hati agar jangan memberi terlalu banyak persoalan atas segala yang terjadi.
Aku cuba didik hati agar sabar dan tabah menghadapi semua ini.

Aku sedarkan diri bahawa setiap masalah akan ada jalan penyelesaian
Aku sedarkan diri bahawa setiap yang berlaku tersimpan sebuah hikmah.

Sabar wahai hati.


DAN... Ya Allah.

....aku bersyukur kepada-Mu kerana kurniakan para teman yang berhati murni.

Wahai teman-teman ku.
Ribuan terima kasih buat kalian.
Sungguh aku sangat menhargainya.

Walau hanya 1 perkataan 1 barisan ayat yang membawa makna agar aku bersabar. Aku tetap menghargainya.

Ini kan pula segala kudrat yang telah teman-teman berikan untuk membantu aku. Aku sangat bersyukur dan aku tidak akan sesekali melupakan jasa kalian.

Ya Allah...

Mungkin aku tidak mampu membalas jasa teman-teman ku.
Mungkin belum tiba giliran aku untuk membantu mereka
Mungkin hari ini aku ditimpa kesedihan mereka bersama ku tapi mungkinkah aku dapat bersama mereka tika mereka jatuh? Ya Allah... jika aku punya peluang untuk bersama mereka tika mereka lemah... izinkan hamba-Mu ini.

Ya Allah...

Aku mohon agar Kau lindungi teman-teman ku walau dimana mereka berada.
Aku mohon agar mereka dapat keredhaan-Mu dunia dan akhirat
Aku mohon agar mereka peroleh rahmat-Mu.
Dan aku mohon agar persahabatan kami berkekalan hingga akhirat.


p/s: istimewa buat teman-teman saya Marhamah, Amna, Zaifi, Yus, & Wan yang ada pada hari tersebut.

p/s:Tak lupa juga pada Hafizi(Along) & Bihah (Alang) yang membantu aku uruskan beberapa hal.

p/s: Thanks to my sisterhood Hamdya, Meera dan Zai.

p/s: thanks azimah <3 nbsp="" p="">
p/s: Terima kasih buat aku ketawa dan gembira walau hakikatnya rahsia hati siapa yang tahu.

p/s: Terima kasih juga buat suadara Jebat atas segalanya.  Terima kasih atas 1 tempoh yang kita jalani bersama. Harap kita tidak bermusuh. Amin.

p/s: Doa kan aku positif


hari yang manis harus dikenang di usia tua. sekian... (:

0 PURPLEcrazy: