CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

F.R.I.E.N.D.S

Google
 

Friday, 2 August 2013

Kesederhanaan tetap ada kemeriahan.

Assalammualaikum..

Syawal lagi beberapa hari.
Tahun ni sama macam tahun-tahun lepas.
Aku cuma biasa-biasa.

Kuih Raya.
Tiap-tiap tahun aku dan mak agak sibuk juga nak buat kuih raya.
Jarang sekali kami nak beli kuih.
Tahun lepas aku tolong jual kuih raya mak. Tart Nenas.
Tahun ni pun aku jual. Alhamdullilah...
Cuma tahun ni aku tak dapat buat kuih sama-sama dengan mak.  :(

Persiapan untuk rumah?
Biasa-biasa jugak.
Esok baru nak kemas-kemas.
Rumah aku tak besar. Maka tak apa la baru nak kemas esok.
Tahun ni tak cat rumah pun.

Kereta?
Dah service minggu lepas.
Kalau tak raya pun memang kena service. Sebab dah tiba masanya.

Duit raya?
Aku mula bagi duit raya tahun lepas.
Tahun ni makin bertambah pulak anak buah.
Maka aku ikut kemampuan.:) Tapi jangan lupa , Ikhlas la atas setiap pemberian untuk mereka.

Baju raya?
Kain dah lama beli.
Dah hantar tempah.
Lusa baru ambik.
Warna ikut citarasa sendiri.. Kuning.

Kasut raya?-none

Beg raya? Terima kasih kat Aunty Zara sebab sponsor.

Sampul raya? banyak dapat free dari Bank.

Bagi aku biar la bersederhana.
Tahun ni raya awal bulan.
 Maka berpada-pada la bila berbelanja.
Jangan hujung bulan garu kepala.
 Peringatan untuk diri aku juga...

Jangan khuatir.
Kesederhanaan tetap akan ada kemeriahannya.
Kerana masih ada keluarga dan teman-teman yang memeriahkan hari anda.


Salam Aidilfitri buat semua kenalan. 
Aku mohon maaf jika ada menyakiti kalian.
Aku mohon maaf jika ada terlajak kata.
Aku mohon maaf jika ada salah dan silap. 

p/s: berhati-hati ketika memandu :)




hari yang manis harus dikenang di usia tua. sekian... (:

4 PURPLEcrazy:

TelingaBulat said...

eeheeehhmmm nanti raya datang uma kitew ;)

kupu-kupu_cinta said...

ehemmmm. In Sha Allah. awk pun k. eyh raya ni x de lak nak order kuih kite?

TelingaBulat said...

iu da order kuih 7 jenis,wan 6 jenis kite 3 jenis..berlambak da.smpan tat awk nnti kite nk wat mkn2 opis hehe..wat jajan

kupu-kupu_cinta said...

haha awk. kuih raya dah habis di jualll. klo nak order. order 50pcs ke atas baru kita buart hihi