CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

F.R.I.E.N.D.S

Google
 

Friday, 9 August 2013

Syawal Menjengah-Selamat Hari Raya

Assalammualaikum

Selamat Hari Raya Aidilfitri...

Semua orang berderet entry hari raya kan? heee semua segak2 belaka dan cantik2 belaka....

Raya aku macam biasa laa. belum ada yang luar biasa. Sehari sebelum raya aku dah mula cuti. Aku dan Abang aku se-famili ke hulu ke hilir entah apa yang dicari. Lepas berbuka puasa baru sampai rumah. Sesampai je kami tengok Abah dan adik-adik tengah rebus ketupat depan rumah. Anak buah aku, Hadry Putra sibuk nak main bunga api. oke Atok sila layannn.

merebus ketupat yok! 
                                                                cucu Tok James paling manja :P

Malam raya sibuk siapkan apa yang patut. Apa-apa yang patut la kan. Jangan buat-buat tak mengerti. Famili aku memang macam ni. Tengah-tengah Malam raya baru sibuk nak masak.Tapi petang raya tu pun dah mula potong2 bawang. anyam ketupat dan sebagainya. :D Kalau orang lain mungkin buka puasa tu dah dapat makan lauk raya. kan? heee kita punya cara masing-masing.

Keseronokkan yang aku tak dapat rasa... BALIK KAMPUNG. aku tak tahu aku nak balik kampung mana. dari kecik sebenarnya aku asyik beraya kat sini. sebab arwah atok dan nenek aku (sebelah mak) memang tinggal sebelah rumah aku je pun. Semasa hayat mereka... meriah la rumah aku.... sedara-mara semua balik. Sekarang ni dua2 atok dan nenek aku dah tak ada. so, kami hanya kat rumah dan beraya ke rumah saudara-mara. Cuba nak membiasakan raya pertama balik rumah Mak Long. Saudara mara aku pun sekitar Bandar Johor je.

Tapi aku bersyukur sebab masih berkesempatan beraya dengan keluarga. Ada antara kawan-kawan aku yang kena bertugas raya pertama. Sedih jugak kan... tapi fikir ada tanggungjawab yang perlu di galas... ikhlaskan hati untuk menlaksanakannya. Semoga pengorbanan mereka dibalas dengan ganjaran yang lebih besar. Amin...

Pagi raya bersama adik bongsuku, Nizam. Tengok ketinggian pun tahu kan adik lebih besar dari kakak? Tu laaa. Dah kurang bersukan.. semua nak mengembang. 
Ridhwan Basirun. kenalan aku yang kena kerja dan tak dapat balik kampung. Sedih kan?

Aku dan Remy.

Al-kisahnya awal-awal pagi raya tu aku pakai shawl. tapi lepas balik hantar makanan kat kawan aku... ngam-ngam pulak  family abang dan adik aku datang rumah... aku terus tukar tudung bawal. haha sonanggggg   :P
My cousin, Razman.
 aku dan sis in law

 Hadry Putra
Adira Damira sangat comel dengan baju kurung Merah Jambu..




Raya pertama di rumah Mak Long. Mak Long aku dah tak berapa sihat...tapi masih masakkan juadah hari raya untuk kami. Terima kasih Aloi. Masakan Aloi menjadi kegemaran semua orang. 

Raya ke-2, aku cuma di rumah. Adik beradik mak dan para sepupu aku datang beraya. Raya ke-2 ni hujan rahmat turun dengan lebatnya... aku keluar kejap jumpa Biha @Alang. We all pergi Giant cari barang. heee asal boleh je la kannn. Sempat gak pergi KipMart beli ayam. hehe.

Aku dan Nabihah @ Alang
Pergi Giant je pun. Tapi sebab kan hari raya ke-2...  kena pakai baju raya jugak katanya...


Damia marah kita usik Bear dia. comel kan. 
Anak manja ayah.

Sekian...



hari yang manis harus dikenang di usia tua. sekian... (:

1 PURPLEcrazy:

Masyitah Roslan said...

sahabat saya ni cantik!rinduuuuu! :) selamat hari raya! ^^