CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

F.R.I.E.N.D.S

Google
 

Sunday, 6 October 2013

Deretan kenduri kahwin

Assalammualaikum...

Aku kalau hujung minggu tak busy dgn kelas atau kerja part time. Memang idok ler aku duduk rumah. Mesti ada program. Program paling kerap dlm checklist aku ialah kenduri kahwin.

Kenduri kahwin di Felda Air Tawar 4, Kota Tinggi. Majlis Cik Zah (makcik kepada Wan Jebat). Planning aku nak gerak lepas subuh. sebab pagi tu ada khatam Al-Quran dan aku nak join geng rewang kat sana. hehehe tapi kita hanya merancang... Aku minta kawan baik aku, Amna temankan aku. Last minute dia kena balik kampung sebab pakcik dia masuk hospital. Mohon kawan-kawan mendoakan agar pakcik beliau cepat sembuh. Amin.

 ni la Cik Zah a.k.a Mak Teh. 
Ouh jangan salah faham. yang sebelah tu bukan suami beliau ye... :D

Yang manja kat sebelah aku tu adik bongsu Wan Jebat, Shasha. Gadis bertudung hitam tu kawan baik aku kat UTM, Mar. Thanks yunk sebab jadi peneman. 
Dari kami: Selamat Pengantin Baru Cik Zah & suami. 


**********
Selamat Pengantin Baru kepada Rudy & isteri beliau. Rudy ni ex-officemate aku masa kerja kat CIMB Bank dulu. Bercinta dari zaman belajar okeh. Alhamdullilah berkekalan hingga ikatan perkahwinan. Rudy pernah cakap muka aku ada iras-iras isteri dia. Tang mana x tahu. mungkin sekali pandang je kot.  So, first meeting aku dgn isteri dia masa dorg bersanding. Aku, Amna & Kak Reen  datang pun dah hujung-hujung majlis. heee Isteri dia sangat friendly... 


sweet gituwww 
Lepas wedding kita jalan-jalan yok. Aku & Amna beli roti sebuku nak bagi ikan makan kat Hutan Bandar. 


**********
Selamat Pengantin Baru kepada Ema & Tojam. Actually dorang ni rakan  1 sekolah masa aku kat Teknik Perdagangan. Tapi tak berapa nak kenal... Ema pulak 1 kolej dengan aku masa zaman Diploma. Walaupun tak kenal rapat. tapi kalau dah bertentang mata  dan berselisih jalan tu senyum-senyum jugak la kan. :)
JB ni tak besar mana. Cousin aku pun kenal si Ema ni haiii.  dan maafkan aku wahai Cousin sebab lupa nak ajak kau pergi sesama... 


kat atas pelamin ni semua ex-schoolmate Teknik Perdagangan. Dua dari kiri pun adalah pasangan suami isteri. Bediri kat sebelah aku kawan baik aku kat kolej dulu dan In Sha Allah bakal suami beliau juga adalah ex-schoolmate Teknik Perdagangan. Kuasa Allah... mereka bertemu jodoh dengan rakan sekolah. 
Ouh jejaka sebelah senyumannya menawan... juga merupakan ex-schoolmate Teknik Perdagangan. hahaha Tapi aku kenal dengan dia sejak Form 1 kat sekolah SDARY. Jangan salah faham dia bukan la calon suami aku. haha. Buddies tak kan terpisah katanya. Thanks jadi driver pada hari kejadian. hihihihi. Aku bukan pergi wedding berdua je dengan Rauf ni. Aku angkut sekali Amna sebab lepas wedding Ema, nak pergi wedding kawan Amna jugakkk.
eyh baru perasannnn. Amna juga adalah ex-Teknik Perdagangan. Dia adalah senior kami. Tapi aku tak pernah kenal dia masa kat sekolah. Aku kenal Amna kat CIMB Bank. ouhh JB adalah tidak besar ye kawan-kawan. Pusing-pusing situ jugak kawan kau. 
Rindunya kat Nadia. Seriously... beliau la kawan suka duka aku kat kolej dulu... Walaupun sekarang kami tak dapat macam dulu... tapi aku tak akan pernah lupakan dia. 

Semoga Allah melindungi sahabat aku ni walau dimana dia berada... dan semoga dia tabah atas segala dugaan yang Allah turunkan buat dia dan keluargannya.. Amin. 


**********
Selamat Pengantin Baru Zul & Isterinya... Zul ni kawan masa sekolah rendah (SKPR). Perkara yang aku tak lupa pasal zul ni ialah beliau sangat pandai dalam Matematik okeh. 
Tak sempat nak bergambar dengan pengantin. 
Memandangkan aku tak ada geng nak pergi wedding Zul ni.. aku minta cousin aku temankan. Pantang Remy ada kat JB memang aku heret dia kemana aje... Thanks Remy sebab tak jemu layan kakak kau ni.
Lepas tu kita jalan-jalan cuci mata.. 



Semoga Allah memberi berkah kepada mereka dan mengumpulkan mereka bersama pasangan masing-masing  dalam kebaikkan. Amin... 




hari yang manis harus dikenang di usia tua. sekian... (:

0 PURPLEcrazy: