CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

F.R.I.E.N.D.S

Google
 

Sunday, 10 November 2013

Gadis-gadisku di Osman BBU

Assalammualaikum...

Dah lama  tak jumpa gadis-gadisku. Semua dah sibuk dengan komitmen masing-masing. Al-maklumlahhhh dah habis study dan bekerja. Life-style nya dah lain sikit dari student life. Ini nak deal untuk small gath pun agak payah... Memang tak boleh nak salahkan sesiapa laa.. Kita hanya merancang. Alhamdullilah dengan izin-Nya kami dapat bertemu...walaupun lepak makan kat mamak je pun...

Kami lepak kat Osman BBU. hehe Macam lah tak ada pilihan lain kan. Tapi atas faktor waktu. Aku mencadangkan mamak kat sini sebab dekat dengan surau dan mamak ni terletak di tengah-tengah lokasi antara kami ber-4. On that day, Diana kerja balik jam 6ptg terus nak jumpa kami sebab dia tak payah la berpatah balik kalau dia balik rumah. Amboiiii hari Ahad kuat bekerja cik adik kita ni...Aku pulak dari hospital melawat Pak Angah yang sakit kena tahan wad. Macam Fara dan Syira sempat la kot nak maghrib kat rumah. Tapi aku dan Diana memang idakk la sempat...Masa azan Maghrib aku masih kat hospital lagi... teman kan Mak Angah nak berbuka puasa. Lepas tu baru gerak ambil Fara kat rumah dia. Sampai Osman baru aku pergi surau berdekatan.

Seronok dapat jumpa diaorang. Macam biasa laaaa.... kami bercerita tentang perihal masing-masing. Starting mesti lah Fara kesayangan kami. Dalam banyak-banyak cerita... Aku paling ingat cerita dia cari rumah sewa dan hantu ikut dia balik rumah. hahahaha Gelak sakan okehhh... Seterusnya dia sibuk tanya aku gath ni nak mengumumkan ape. Hahaha Fara ingat aku ajak jumpa sebab aku nak bertunang. Kui3. Dan menjadi tanda tanya bila aku post gambar cincin kat group wassap kami. Cerita Diana pulakkk... dia dapat bos yang besttttttttt dan sporting.... Syira pulak sibuk menjaga ayahnya yang sakit buah pinggang. Kita doakan ayah Syira cepat sembuh dan Syira kuat menghadapi dugaan ini. Amin..
Gadis-gadis * Aku rasa antara kami yang mengalami perubahan paling ketara... adalah aku.. semakin chubby.eh chubby ke gemok ?? ok FULLSTOP
Makan malam bersama~

Memandangkan esok mahu kerja mari la kita berangkat pulang... Diana Isnin adalah hari cuti ... Tapi beliau menikmati cuti beliau di office jugak. Kui3. Tak apa la nokkk selagi masih single...

Semoga akan ada kesempatan lain untuk  kita melepak lagi... Kalau dah bosan melepak.. mari la kita bercutiii. Ouh mesti seronok kan? Sayangnya kat korg ni... Apa pun semoga pertalian kita ni berkekalan yee.. Walaupun kita sibuk dan tak ada masa untuk diluangkan bersama. Korang jaga diri dan aku doakan semoga korg dilindungi walau dimana korg berada. Muuuaahhhhh. Love~

Yang sentiasa menyayangi kalian, Noma~


hari yang manis harus dikenang di usia tua. sekian... (:

2 PURPLEcrazy:

TelingaBulat said...

hehehe sweet nye korg..boleh berkenalan ngn sume tuh x?

kupu-kupu_cinta said...

eyh poyo nyaaa.. hahaha
bdk2 ni dah ramai skandal memasing. lg2 yg pakai tudung kuning tu. kui3