CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

F.R.I.E.N.D.S

Google
 

Monday, 25 November 2013

Malam hari bersama mereka di Ali Baba

Assalammualaikum....

Beberapa hari ni badan kurang sihat. Emosi pun tak dapat dikawal dengan baik. lalalalala kalau silap langkahhhh memang kena tembak dengan machine gun. Aku cuba nak bawak bersabar dan kendalikan emosi sebaik mungkin. Haiiiihhhh tapiii susah la emosi perempuan bila setiap bulan dia terpaksa hadapi benda macam ni...Keadaan seakan teganggg. So aku habiskan masa membaca buku dalam bilik. Dari pagi aku duduk bilik tak makan apa pun sampai lah petang baru aku makan. Itu pun sebab perut aku kosong bergendang-gendut.

Semalam aku ada janji nak jumpa kawan sebab kebetulan dia baru balik dari KL. Sekejap je jumpa lepak minum kat area Kg Melayu. Lama kot tak jumpa beliau... Lepak dan berborak~ Imbas kembali kenangan masa lalu. Lepas aku hantar dia kat Terminal Larkin sebab dia tunggu kawan dia ambil dari Pasir Gudang. Aku offer juga nak hantar dia balik PG tapi dia tak nak susahkan aku. Ouh baiknya. Aku pun alrighttttt. hihi..

On the way balik ...aku wassap Remy nak ajak lepak kejap. Kebosanan ketika ini. Sesampai kat rumah diaa. Dia cakap nak karaoke. Aku layan kan juga walaupun sakit pinggang yang amat. Remy pun dah faham tugas dia sebagai pemandu peribadi. hahaha. Maka sila lah memanduuu. Aku nak jadi mem besor...

Kalau dulu... hanya aku dan Remy yang rajin melepak. Mana pun pergi mesti bedua. Kalau aku duk upload gambar berdua dengan Remy. Ramai yang sangka dia boiiipreeenn aku. Iye laaa. boiprennn lah sangat. Pada hal pangkat adik dengan aku. Tapi sejak-sejak akhir ni kami rajin ajak lagi seorang cousin, Baha. Dalam masa 3 bulan ni boleh la dia layan kami. Sebab dia dapat Mc selama 3 bulan selepas kemalangan.
Remy pun ajak kawan dia dr Sabah yang kerja kat JB, Nizam.

Karaoke kat Ali Baba dapat bilik Mas Idayu... Cantikkkkkkkkkkk bilik tu~  jom tengok gambar.

Kaki bergambar~ 
 I love my cousins. Dari kiri Baha, Aku dan Remy 
 Aku dan Remy memang dah sebati. Dan tak sangka juga Baha sekepala dengan kami...
Alolololo sweet tempat duduk dalam Bilik Mas Idayu ni. LOVE. tu yang poyo-poyo bergambar gini gaya nyaa.. 
Remy jeles dia tak ada gambar pose mcm ni dengan aku. Kui3~ 
Tak apa la. gambar yang sekeping ni pun dah memadai. 
Baju merah tu Nizam kawan Remy. Kiteorang memang tak kisah ajak dia lepak sekali. Mesti lah bosan duduk hostel kan. Nasib baik la jugak dia boleh layan kiteorang punya perangai. Thanks Nizam, jangan serik ek.

Lepas karaoke lepak minum kat mamak. Balik rumah aku tak boleh tidur sebab kesakitan mula menjalar di segenap tubuh  badan (ayat terpengaruh dengan novel) Seriously aku tak dapat tidur aku pun habiskan bacaan aku yang tinggal separuh je lagi.

 Subuh baru aku cuba pujuk mata ni supaya lelap, itu pun aku duk ketuk-ketuk pinggang lepas tu aku letak sebuah novel kat belakang pinggang aku dan baring terlentang. Tak kena jugakkkk aku golek-golek kejap ke kiri kejap ke kanan. huhuh menusuk-nusuk pulak sakit bulan ni. Aku dapat lelap kan mata sekejap je. Lepas tu aku bangun dan siap-siap nak pergi kerja~ Kini masih menahan kesakitan. 

p/s: Nanti kita ajak sepupu yang lain lepak sekali ye~ Ini semua secara kebetulan. 


*Aku nak mintak maaf kat someone. Harap hati awak sejuk ye lepas ni.. maaf ek terkasar bahasa. huhu. Allah kata tak baik gaduh lama-lama. Saya mintak maaf~

hari yang manis harus dikenang di usia tua. sekian... (:

0 PURPLEcrazy: