CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

F.R.I.E.N.D.S

Google
 

Sunday, 3 November 2013

Wedding Junior & E-day BFF

Assalammualaikum...

Minggu seterusnyaa... kenduri dan kenduri lagi... hehehe...Alhamdullillah... kawan-kawan seangkatan sedikit demi sedikit melangkah ke fasa seterusnya...

02/11/2013 Persandingan adik angkat (Shima) kepada my best friend, Biha. Adik angkat beliau ni dah lama juga aku kenal sejak zaman sekolah..Terima kasih Shima atas jemputan ini. Ingat juga awak kat akak yee..

Actually, Shima bagi kad jemputan atas nama Buddies. Memandangkan Buddies yang lain tak dapat meluangkan masa...aku seorang je la wakil dari Buddies. Biha jangan cerita laa.. 2 3 hari sebelum majlis dia dah sibuk. Masa majlis Biha dulu, Shima jadi pengapit. Kini majlis Shima, Bihaa pulak jadi pengapit. Walaupun dah jadi mak orang... haha tapi maintain jee. Maka nyaaa... aku keseorangan la... tapi nasib baik ada kawan Biha,Syafiq yang sudi teman. Itu pun Biha yang cadangkan dan memandangkan kawan dia ni jenis yang layannnnnnnkannn aje larhh. Aku pun no hal. :) Aku pun bukan tak pernah lepak sekali dengan beliau. Ada lah dalam 2 kali macam tu... Orangnya diam-diam berisi... senang nak buli. Tapiiiiii tunggu je la serangan balas dari dia... baru kau tahu siapa dia yang kau buli. hahaha

before majlis nikah
Aku paksa Biha wassap gambar dia. ahaha. Cantik Biha bertudung... Tudung bawal dijadikan shawl mcm ni. Aku pun belum pernah cuba. Good job dear ! hihi 

Sang pengapit dan pengantin. 
Syafiq tanya aku nak tengok pengantin ke? Aku cakap...aku nak tengok pengapit. Hahahaha 
Aku tak ada bergambar dengan pengantin... Sedih gak tapi tak terkilan. Boleh gitu? hihi. 
Tapi tak akan la aku tak letak sekeping dua gambar tuan blog ni? Mustahilll. haha 

Itu dia gambar syok sendiri... Masa ni tumpang berteduh dekat rumah Biha. hujan lebat petang tuu. 

Selamat Pengantin Baru kepada Shima & Husband. 
Semoga Shima dan suami kuat menjalani kehidupan  sebagai suami isteri.Amin~

**************

03/11/2013 Hari Ahad tu kawan baik aku masa kat Teknik Perdagangan bertunang di kediaman keluarga beliau di Felda Bukit Besar, Kulai. Aku ajak Biha temankan aku memandangkan Hamdya dan Meera tak datang. Hamdya dia study kat Penang sana haaa... Meera pulak weekend memang kerja.. Tak apa... aku jadi wakil mereka berdua. haha. Dari semalam punya cerita manjang jadi wakil je aku ni. hihihi 

Aku tak pernah pergi rumah Elmi Zairina ni. Hari Jumaat dia wassap peta untuk ke rumah dia... Alhamdullilah kami selamat sampai tanpa sesat... 
Senyum kite tanpa sesat. 
Kami sampai agak awal la. Kira macam tetamu terawal. haha Zai pun baru lepas make-up. 
Kawan aku, kawan Zai dan kawan Zai juga kawan aku

Gambar atas: Bersama sayang-sayangku sekalian.
Gambar bawah: Aku, Zai & Nisa. Nisa ni kawan Zai masa kat UniKL. Sekarang ni dorg tengah praktikal kat tempat yang sama... Nice to know u Nisa. 

Tahniah sayang~ Nom sentiasa mendoakan yang terbaik untuk Zai. Semoga ikatan ini membawa kalian kepada ikatan yang lebih bermakna iaitu perkahwinan... Amin... 

Love,MANZ

Khas untuk Hamdya & Meera juga... aku sentiasa mendoakan kebahagian kalian berdua juga. Salam sayang daripada Nom. :)

"Mengimpikan bahagia, tetapi tidak berusaha mencarinya, akan berakhir dengan sia-sia-Hami Asraff"




hari yang manis harus dikenang di usia tua. sekian... (:

0 PURPLEcrazy: