CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

F.R.I.E.N.D.S

Google
 

Saturday, 30 November 2013

Pesta makan-makan hujung minggu

Assalammualaikum...

Hujung minggu sibuk dengan kenduri. Kira minggu lepas mcm ada pesta makan-makan la. Hari Sabtu, ada 2 majlis kenduri kahwin rakan sekolah SDARY. Tapi aku cuma sempat pergi ke 1 majlis je sebab aku nak pergi Pontian untuk majlis hari jadi Taufiq iaitu anak buah BFF aku, Meera Zaini.

Sebagai permulaan hari Sabtu nan indah ni. Aku kena ambil mamat sorg ni untuk perkhidmatan tak berbayar. Jadi peneman aku kemana sahaja.

 My lovely cousin. TQ soooo much!!
 Lihat laa.. ketara sungguh kenaikkan berat badan aku lepas raya kan? Berat badan kalau nak naik kemainnnn senang lagi... Cer nak turunkan balikk pergh pergh dugaan dia pun kemaiiiinn. 
Aku keluar rumah awal.. sesampai je kat rumah Remy, dia dah siap. Tapi aku masuk rumah dulu nak  salam Aunty Zara yg tengah makan kuaci. Aku ter-join sekali. Aduh makan kuaci liat pulak nak berhenti... Maka masa dah bazir kat situ. Dah keluar rumah.. tangan gatal pulak nak snap snap snap. Sangkut jugakkk. Pukul 2 lebih baru gerak pergi. Tu sebenarnya punca kelewatan.  kui kui kui. 

Thanks for the caption! Sayang adik aku yg sorg ni~ 
Selamat pengantin baru kepada Ashikin dan suami. Semoga Allah memberkati kalian berdua dan kekal hingga syurga firdausi.

Aku tak dapat join kawan-kawan sekolah SDARY sebab aku nak rushing pergi Pontian. 

Sumber gambar: Wassap dari Biha
Location:Wedding Ashikin.

 Disebabkan punca kelewatan aku kerana makan kuaci. Kesannya aku tak sempat nak pergi wedding lagi seorang kawan sekolah SDARY. 
Selamat pengantin baru Pie a.k.a ChaCha dan isteri. Semoga berkekalan hingga Jannah. Amin. 

Lepas wedding Ashikin... aku ke Pontian. Sebelum tu aku ambil Zai kat rumah kakak dia di Taman Kenanga... Jalan ke Pontian agak jemmm. Dari aku dah kenyang... terus lapar balik. Puncanya kesesakan lalulintas dan hujan lebat. Nasib baik ada abang hensem drive ke Pontian. (ayat beli jiwa)

taaadaaaaa Simple but nice. Kek yg comel macam beday boy jugak... Gambar tak jelas sebab malu2 kucing nak datang dekat dengan beday boy. hihi. Abg baju merah yang tak ready tuu ayah beday boy a.k.a Abang Ngah Meera... Beday boy ditenangkan oleh Kak Long Meera. yang kiri sikit baju hijau tuuu ibu kepada beday boy. 

Actually...Aku semangat sangat nak pergi birthday party Taufiq sebab nak berkumpul dengan Meera dan Zai. Walaupun Hamdya tak dapat join tapi dia tidak kami lupakan. Masa berpeluk2 pun membayangkan kalau Hamdya ada kan besssstttt....
 First capture!! Dedicated for Hamdya Farhana~

Us!
Sekeping untuknya
MANZ (Meera, Amdya, Noma & Zai)

Lama lepak kat rumah Meera. Makan-makan dan bergambar. Dah nak maghrib baru gerak balik JB. Sesampai rumah agak letih walaupun bukan aku yang drive. Kui3. 

Esoknya ada kenduri kat rumah Aunty Zainab di Bandar Baru Uda. Makan lagiii. Alhamdullilah~ 

Santai~
Sejenak lepas kekenyangan~ 

Tak teringat pulak aku nak ambik gambar makanan. Banyak gak makanan masa tu. Paling special Ikan Bakar Uncle Syukor combined dengan sambal Aunty Enab. Memang Superb... Selain tu, ada ABC jugakkk.Memang meriah dengan makanan.

Balik-balik muka dia kat blog aku :)

Qena~
Qena ni anak kakak sepupu aku. Dulu masa kecik-kecik tak nak pun kat orang. Sekarang dah pandai bawak diri. Kalau aku panggil suruh duduk kat sebelah pun dia datang je. Lepas tu berkepit.. Manja. 

me: Jom ambik  gambar
*Qena sorok muka
me: Kenapa tak nak. Awak malu ea.
*Qena angguk laju-laju.
Tapi kalau kita pujuk dia baik-baik. Dia pun Senyum. Bila dah senyum tu cepat-cepat snappp. Jangan hegeh-hegeh kang dia lari.




Melayan Qena

 Lepas kenduri ni, aku bawak Mak, Mak Ngah dan Aunty Zara pergi Jakel. Mak Ngah dah siap2 beli baju raya tahun depannn. Aku pulak cari kain untuk majlis tunang sepupu aku nanti. Budak kat Jakel pun pening layan kami anak beranak. hihi saboorr je la.

Lotihhhh dennn.

p/s: Tak terkejar masa aku nak post entry ni on time. Lama tersimpan kat draft.Kesian...



hari yang manis harus dikenang di usia tua. sekian... (:

3 PURPLEcrazy:

aeiy pallet said...

macam best je blog die.....ngeh3..mcm nk masuk jgak dlm blog die...ngeh3

aeiy pallet said...

fuyyooo...seronok

kupu-kupu_cinta said...

aieyyyy haaa will do for u soon... nk cite pasal seorg kawan sy yg gonjeng...