CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

F.R.I.E.N.D.S

Google
 

Friday, 10 January 2014

Gembira yang dikongsi

Assalammualaikum...

Alhamdullilah... Aku bersyukur atas segala kebahagian yang Allah berikan pada aku. Aku bersyukur dengan kurniaan para sahabat yang berada dalam hidup aku. Hidup aku ceria dengan kehadiran mereka. Aku kira persahabatan juga seperti sebuah percintaan dimana ada suka dan duka, namun syukur kerana kami masih tetap bersahabat dan moga-moga ia kekal hingga akhirat nanti.

Aku tak mengharapkan apa-apa selain diri mereka. Tapi kegembiraan yang mereka bawa itu cukup menyentuh hati. Terima kasih sahabat-sahabat ku untuk perasaan gembira yang kita kongsikan bersama ini.

Al-kisahnya, kejutan untuk Ulang tahun kelahiran ni, aku disambut bersama dengan Fizi sebab tarikh lahir Fizi 3hb January dan aku lahir pada 24hb January.[ Sebab tu gelaran diberi Fizi sbg Along dan aku sebagai Angah] Aku dan Fizi betul-betul tak sangka. Macam biasa la kiteorg lepak bila dah lama tak jumpa. Kiteorang janji nak jumpa di karaoke Ali Baba kat Giant, Tampoi. Aku orang ke-2 sampai selepas Rauf. Kemudian Fizi, Biha dan Bom.

Setelah lbh kurang 10 minit dalam bilik karaoke...

Masa tengah duk syok menyanyi. tiba-tiba pintu bilik karaoke dibuka... dan kejutan daripada staff Ali Baba bila mereka nyanyikan lagu birthday sambil main alat2 muzik yang aku rasa dorang main hentam je asal ada bunyi. hahaha. tapi sangat enjoy. mereka memang sporting. Mula-mula aku nak nyanyi lagu birthday sesama sebab aku target ni untuk birthday Fizi yang dah lepas. Walaupun aku terpinga-pinga sebab eyh kenapa aku tak tahu plan ni. Tapi aku terkejut bila salah sorang staff bawak masuk kek. Kek yang terpacak nama aku jugak NOMA. eyh eyh birthday aku?? blur kejap dibuatnya.

"Belated & Advance Birthday Fizi & Noma"
  Didahului oleh aksi birthday boy and birthday girl...
Gembira yang teramat
Kami jadi perhatian

Along & Angah genap 25 tahun
Terima kasih untuk kek comel dan malam yang indah


Kemain lagi suruh potong kek. konon ada kejutan lagi.. Aku ingat bila dah potong kek dapat cincin ke ape. tapi.... haa tengok la sendiri~





Buddies




Belum berakhir lagi. 
Kegembiraan dilanjutkan hingga ke rumah Rauf. Bila kami bermain pop pop pop kat depan rumah. Asal boleh je la kami ni. 

Birthday planners ! thank you so much. 

Sebagai penutup acara, aku dan fizi jadi cleaner tengah malam depan rumah orang. nak melawan macam tak boleh... hahaha takpe takpe hari ni hari kita. 

LOVE~

wahai kalian,
terima kasih untuk segalanya
banyak telah kita kongsikan bersama
moga tidak kita lupa 
tersimpan rapi dijiwa

Ini lah gembira yang dikongsi ~ 
Terima kasih dari Along & Angah 
untuk Uda, Alang & Ucu 






hari yang manis harus dikenang di usia tua. sekian... (:

1 PURPLEcrazy:

Akak Adek said...

As salam...,

noma... =D

Heppy belated besday...!

waaa, cam dh xleh wish jer ni...lewat no...hehe