CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

F.R.I.E.N.D.S

Google
 

Monday, 23 December 2013

Berkebun & Selamat Ulang Tahun Amna


Assalammualaikum...

Pengalaman manis di kebun pulasan dan rambutan... Seronok sangat. Terima kasih kat Amna sebab dia la aku berpeluang rasa semua ni.Kami pergi bertiga.. aku, Amna & Intan (kawan Amna). Dalam jam 9.30 pagi Amna ambil aku kat rumah. Gigih beli sarapan depan rumah... Sekali Mak & ABah Amna datang pun bawak makanan...

Aku excited nak pergi kebun. Bukan sebab nak kutip buah-buahan tapi sebab nak makan. hahaha Nikmatnya lain kalau makan kat kebun. Kau jalan-jalan kau petik dan kau makan. Seronok sangat. Tapi kami tolong jugak Mak & Abah Amna. dapat ber-baldi jugak pulasan. Alhamdullilah...Abah Amna bagi aku dan Intan bawak balik Pulasan + Rambutan sebaldi seorang. Memandangkan Kebun ni kat Air Bemban... So kira dekat juga kalau kami nak singgah rumah Ibu dan Abah aku kat Felda Bukit Batu.

Bekalan kami. Kemain meriah lagi makanan. 

Sebaldi pulasan memercikkan sebaldi peluh. haha mencabar gak ar dengan kena panjant bukitnya.. nasib baik tak payah panjat pokok. 

Beliau ni Intan. Cantik orangnya. Keje kuat untuk sebaldi pulasan. haha. Hinggakan jadi mangsa gigitan nyamuk. Kesian...kesiann... 

Sebelum balik...ini kenangan kami bertiga.

Harap musim buah akan datang... kami kesini lagi. buat kerja part time memetik buah pulasan. hee ~

Sebelum waktu Zohor Mak dan Abah Amna gerak balik JB. Kami bertiga nak lepak-lepak dulu bersihkan diri dan rehat sambil layan movie kat laptop... Lepas Asar, kami siap-siap nak ke rumah Kak Lia (anak saudara ibu) kat Felda Bukit Batu, Kulai hantar pulasan. Aku nak kirim kan pulasan untuk ibu sekali sebab ibu dah beritahu dia ada kenduri kat Melaka. Sesampai je kat rumah kak Lia dah masuk waktu maghrib. Kami pun tumpang solat. Aleh-aleh Mak Kak Lia dah hidangkan makan malam untuk kami. hikhikhik. Rezeki jangan ditolak. Musuh jangan dicari.

Lepas makan, terdetik nak call Ibu. Alhamdullilah.. rezeki nak jumpa ibu agaknya... Ibu baru je sampai rumah. Kami pun bertandang la ke rumah ibu. Sekali lagi... dan lagii. Ibu hidangkan kuih pulakk. haha makan lagi la jawabnya. Rancak berborak sampai terlupa yang aku dan Amna ada janji nak jumpa Din malam tu.

Hoyehhh Hoyehhhh . Esoknya 23hb December 2013. Birthday Amna yang ke 25 tahun. Tiada kejutan dari aku dan Din utk Amna. Cuma a simple celebration. Ikut kan aku ingat nak buat kejutan. Tapi kalau dah deal dengan Din memang idak ler ada kejutan. Din kata tak payah buat kejutan sangat..direct je ajak Amna keluar makan. hahaha

Kiteorang lepak kat KFC, Stulang. Aku dan Amna sampai dulu dari Din. menunggu mamat sorg ni sempat aku tidur kejap. Lelaki oh Lelaki!

Aku dan Din harap Amna happy malam tu. Kita sama-sama tunggu jam detik 12 malam untuk meraikannya. Acara lebih kepada bergambar kenangan dengan kek cawan Din ni. Comel sangat tau.

"Selamat Ulang Tahun awak. Kite doakan awak semoga panjang umur , bahagian bersama insan-insan kesayangan dan semoga mencapai impian yang awak impikan. Malah kite sentiasa doakan semoga Allah melindungi awak sekeluarga. "
Kek cawan yang comel. 1 untuk Birthday girl, 1 untuk Din dan 1 untuk Noma. :) 

Fuuhhhhh 

Kawan gaduh 


Kawan buli 

Sekian, terima kasih untuk sepanjang hari yang indah. 


hari yang manis harus dikenang di usia tua. sekian... (:

2 PURPLEcrazy:

aeiy pallet said...

fuyooo beronok-ronoknyeee

Akak Adek said...

sedapnyer makan pulasan..... nyum3x... =D