CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

F.R.I.E.N.D.S

Google
 

Monday, 31 March 2014

Pertemuan kelmarin membuahkan rindu, Selamat Pengantin Baru

Assalammualaikum...

Sekali pertemuan mencipta seribu cerita. Walau hanya perkenalan tanpa empat mata bertemu, kau seorang insan yang punya sekeping hati yang mulia. Kau sanggup menghulurkan bantuan tika aku memerlukan. Kau sanggup korbankan masa untuk aku yang hanya insan luar dalam hidup kau. Bersyukur kerana Allah pertemukan aku dengan seseorang yang baik hati.

Sepanjang beberapa tahun perkenalan, kita mampu bertemu hanya sekali. Sekali sekala kita bertanya khabar tanpa bertemu. Kadang-kala aku kangan akan kenangan kita dulu. Pertama kali berjumpa, kita sudah mencipta seribu kenangan. Terima kasih sayang kerana hadir dalam hidup aku.

Pada suatu malam, aku menerima pesanan ringkas daripada kau. Pesanan yang membuatkan aku terkejut. Namun, aku gembira akan kebahagiaan yang bakal kau cipta nanti. Walau jauh disudut hati ada sebutir perasaan kesal dan sedih.

Kesal dan sedih ku ini bukan kerana aku tidak gembira. Cuma kesal dan sedih ku ini kerana aku terleka akan masa yang telah Allah berikan untuk kita bersama-sama sebelum kau memikul tanggungjawab yang lebih besar. Tanggungjawab seorang isteri dan In sha Allah akan menjadi seorang ibu. Aku cuma bayangkan jika kita punya masa lagi, mungkin kita  pergi ke suatu tempat yang selesa dan damai. Sambil menikmati secawan coklat panas dan bercerita tentang segalanya. Berkongsi tentang suka dan duka.

Namun, ketentuan yang telah Allah tetapkan ini... aku bersyukur kerana sahabat yang aku sayang akan mencipta bahagianya sendiri bersama seorang lelaki yang mencintainya.

Wahai sahabatku, tika pertemuan kali kedua kita kelmarin... kita sama-sama merasainya. Jangan titiskan airmata kau untukku pada hari yang indah. Sungguh aku tumpang gembira. Semoga persahabatan kita ini tidak luput dek waktu. Semoga kau simpan aku dalam ingatanmu. dan aku akan tetap meningati dan menyayangimu.

(29-03-2014) Selamat Pengantin Baru sayang~ Aku doakan semoga kau bahagia dan tabah melalui laluan yang seterusnya. Aku juga mendoakan agar kau dan suami mendapat keberkatan atas ikatan suci ini. 

Pertemuan kelmarin membuahkan rindu di hati. 
Jaga diri ye sayang~ 

p/s: terima kasih



 hari yang manis harus dikenang di usia tua Sekian..(:

0 PURPLEcrazy: