CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

F.R.I.E.N.D.S

Google
 

Tuesday, 11 March 2014

Surat untuk dia

Noma Jamali
No. 1, Jalan Persahabatan 4,
Taman Kasih Sayang,
110314 Johor Bahru, Johor.

11hb March 2014

Assalammualaikum.

Kehadapan sahabat yang sedang meningkat usianya. Semoga sahabatku ini berada dalam kegembiraan.

Sahabat,

Untuk pengetahuanmu, aku coretkan sepucuk surat yang istimewa ini untuk kau. Aku perhatikan seharian ini kau menerima ucapan daripada teman-teman.Malahan,  mereka berdoa akan kesejahteraan hidupmu dan kebahagiaan sahabat yang aku kasihi ini.

Sahabat, adakah kau menanti sebaris ayat dariku? dan  terlintas difikiranmu bahawa aku lupa? Tahun sebelum ni aku ingat tapi aku TER-lupa lalu terlewat. Tapi ketahuilah bahawa kali ini aku tidak lupa malah aku catatkan tanggal ini dimana-mana. Moga tidak akan lupa bila menjelang harinya.

Alhamdullilah... aku tidak lupa cuma aku saja melewat-lewatkannya. Aku tidak ingin jadi yang pertama kerana paling penting setiap doaku ada kamu.

Sahabatku Meera,

Selamat Ulang Tahun yang ke-25 sayang. Aku doakan semoga panjang umur dan diberi kekuatan dalam menghadapi dugaan yang Allah turunkan untukmu. Selagi aku dan teman-teman lain terutama Hamdya dan Zai ada dan selagi kami mampu... kami akan terus berikan sokongan dan bersama-sama melalui hari-hari dalam hidup ini. Meera,aku doakan juga kebahagiaan untuk kau. Aku sayang kau wahai sahabat.

Akhir kata,semoga persahabatan kita membawa kita bersama menjadi muslimah yang solehah dan dikasihi Allah. Malahan, persahabatan yang terjalin ini kita merasai pahit manisnya sebuah ukhuwah yang cuba kita pertahankan atas dasar kemanusiaan dan kasih sayang. Aku harap kita saling mengingati dan saling berkongsi.

Amira Binti Zaini .Love...

Sekian, wassalam. 

Sahabatmu,
Noma 


hari yang manis harus dikenang di usia tua. sekian... (:

0 PURPLEcrazy: