CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

F.R.I.E.N.D.S

Google
 

Tuesday, 4 March 2014

Wahai Kakak

Assalammualaikum...

Hari yang sibuk dan memenatkan.
Sibuk di tempat kerja kemudian sibuk kesana kesini untuk urusan peribadi.
Walaupun hampir terlupa...
Macam mana pun... sebelum melelapkan mata.
Aku ingin titipkan sebuah ucapan untuk seorang yang sentiasa di hati.

Selamat Ulang Tahun Kelahiran untuk Kak Farra.
Akak... maaf kerana terlewat
Bukan nak beri alasan tapi cuma ingin nyatakan sebab.
Harap akak tak kecil hati. tetap ada nama akak di dalam sanubari.



Wahai kakak.
Aku adikmu.
Bukan seibu sebapa.
Cuma seagama.
Kita saudara yang saling menyayangi.

Wahai kakak.
Aku adikmu.
Yang jauh dimata.
Tidak pula jauh dihati.
Maaf kerna tiada kek harijadi.

Wahai kakak.
Aku adikmu.
Mungkin tiada disisi saat kau perlu.
Tapi jangan lupa setiap nafas ini aku mendoakanmu.

Wahai kakak.
Aku adikmu.
Doaku untuk mu...
Semoga diperluaskan pintu rezekimu.
Semoga dirahmati dan diberi jalan mudah untuk segala urusanmu.
Semoga kau tabah dalam setiap dugaan yang Allah hadiahkan untukmu
Semoga Allah kurniakan kebahagiaan atas segala kesabaranmu.
Semoga Allah panjangkan usia mu.
Moga kau tak lupa padaku.
dan... Kita sama-sama diberi petunjuk dan hidayah-Nya. Amin.

Wahai kakak.
Cintai Allah.. bersama kita menuju syurga.

Happy Birthday akak. (nak jugak ucapan omputeh tu)

p/s: Noma sayang akak :)


hari yang manis harus dikenang di usia tua. sekian... (:

2 PURPLEcrazy:

Akak Adek said...

As salam... noma... =D

Sedih puisi awak.... Best...!

Mantoo gituuu...!

btw, may Allah always bless her ok...! amin..

kupu-kupu_cinta said...

Waalaikumsalam meera... hihi
sedih ke.. utk kakak angkat kite yg jauh tuu.

Amin...